Flet tular kediaman Rohingya belum roboh sebab di tanah persendirian - Sany Hamzan
HULU LANGAT: Kerja merobohkan struktur penempatan warga Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Tekali, di sini dijangka mengambil masa dua minggu, kata Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan. Kerja meroboh bermula di bahagian belakang kawasan berkenaan membabitkan struktur di tanah rizab kerajaan dan sebahagian tanah milik persendirian. Bagaimanapun, bangunan tiga tingkat yang tular di media sosial tidak akan dirobohkan buat masa ini kerana dibina atas tanah milik persen
HULU LANGAT: Kerja merobohkan struktur penempatan warga Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Tekali, di sini dijangka mengambil masa dua minggu, kata Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan. Kerja meroboh bermula di bahagian belakang kawasan berkenaan membabitkan struktur di tanah rizab kerajaan dan sebahagian tanah milik persendirian. Bagaimanapun, bangunan tiga tingkat yang tular di media sosial tidak akan dirobohkan buat masa ini kerana dibina atas tanah milik persendirian. "Saya dimaklumkan pemilik tanah memerlukan tempoh kira-kira dua minggu untuk merobohkan struktur setingkat di bahagian belakang kawasan itu, bukannya bangunan yang didakwa sebagai rumah pangsa atau flat tiga tingkat yang tular sebelum ini," katanya apabila dihubungi hari ini. Tinjauan di lokasi mendapati pemilik tanah berkenaan mula merobohkan sebahagian struktur di penempatan itu sejak 9 pagi tadi dengan menggunakan khidmat dua pekerja serta sebuah jengkaut. Tinjauan juga mendapati operasi tersebut tidak membabitkan bangunan tiga tingkat yang tular di media sosial. Sementara itu, seorang warga Rohingya yang ditemui di lokasi memaklumkan hanya sebuah keluarga menyewa di bangunan berkenaan sebelum isu berkenaan tular. Hussein, 31, yang bekerja sebagai tukang rumah berkata dia pernah menetap di bangunan berkenaan antara 2018 hingga 2020 dengan kadar sewa RM500 sebulan. "Pada 2020 pegawai Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan Majlis Daerah Hulu Langat mengarahkan kami berpindah," katanya. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Malaysia kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →