Parti Wawasan Negara akan bincang sertai PN - Hamzah

📌 Diğer 📰 Malaysia 🕐 az önce
Parti Wawasan Negara akan bincang sertai PN - Hamzah

TANAH MERAH: Parti Wawasan Negara akan mengadakan perbincangan lanjut berhubung kemasukan parti itu ke dalam Perikatan Nasional (PN). Pengasas Gerakan RESET, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata perbincangan itu akan dibuat ketika Mesyuarat Agung Tahunan minggu hadapan. "Kita menyatakan hasrat dan akan mengadakan perbincangan lanjut menerusi AGM nanti pada minggu depan. Kita lihat nanti," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Konvensyen RESET yang dirasmi

TANAH MERAH: Parti Wawasan Negara akan mengadakan perbincangan lanjut berhubung kemasukan parti itu ke dalam Perikatan Nasional (PN). Pengasas Gerakan RESET, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata perbincangan itu akan dibuat ketika Mesyuarat Agung Tahunan minggu hadapan. "Kita menyatakan hasrat dan akan mengadakan perbincangan lanjut menerusi AGM nanti pada minggu depan. Kita lihat nanti," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Konvensyen RESET yang dirasmikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Yang turut hadir, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Samsuri Mokhtar. Terdahulu, Hamzah mengumumkan penubuhan Parti Wawasan Negara yang akan bekerjasama dengan PAS, GERAKAN dan rakan-rakan secara komprehensif demi agenda masa depan rakyat dan negara. Sementara itu, Abdul Hadi menyifatkan nama Parti Wawasan Negara yang diberi olehnya itu melambangkan jangka masa untuk masa depan. © New Straits Times Press (M) Bhd

📌 Kaynak

Bu özet Malaysia kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
📱
News AI World — Mobil uygulama
Bu haberleri 45 dilde, anlık çeviriyle cebinde. Erken erişim için Gmail adresini bırak.
← Tüm haberlere dön