Polis siasat insiden kecurian peralatan latihan England
KANSAS CITY: Polis sedang menyiasat kes kecurian peralatan pasukan England menjelang ketibaan skuad itu di kem latihan mereka di Kansas City, menurut pengesahan Persatuan Bolasepak England (FA). Pasukan kendalian Thomas Tuchel dijadual tiba di wilayah Midwest pada Sabtu petang ketika persiapan mereka untuk Piala Dunia 2026 memasuki fasa terakhir selepas menjalani kem latihan cuaca panas di Florida. England kini berdepan masalah tidak dijangka apabila beberapa kasut bola dan b
KANSAS CITY: Polis sedang menyiasat kes kecurian peralatan pasukan England menjelang ketibaan skuad itu di kem latihan mereka di Kansas City, menurut pengesahan Persatuan Bolasepak England (FA). Pasukan kendalian Thomas Tuchel dijadual tiba di wilayah Midwest pada Sabtu petang ketika persiapan mereka untuk Piala Dunia 2026 memasuki fasa terakhir selepas menjalani kem latihan cuaca panas di Florida. England kini berdepan masalah tidak dijangka apabila beberapa kasut bola dan bola latihan dilaporkan hilang sebelum sesi latihan pertama pasukan di Swope Soccer Village pada Sabtu. FA mengesahkan kepada Press Association bahawa satu insiden sudah berlaku, namun enggan mengulas lanjut kerana kes itu kini berada di bawah siasatan polis. Jabatan Polis Kansas City, Missouri, memberitahu Daily Mail bahawa pihaknya sedang menyiasat kemungkinan berlaku kecurian peralatan daripada kenderaan pasukan yang tiba di Kansas City dengan beberapa barangan didapati hilang. "Kami sedang menyiasat kemungkinan kecurian peralatan daripada kenderaan pasukan yang tiba di Kansas City dengan beberapa barang didapati hilang malam ini. Siasatan masih diteruskan," menurut kenyataan polis. England dijadual mengadakan sesi latihan pertama mereka di Swope Soccer Village pada Sabtu. Skuad The Three Lions akan memulakan kempen Piala Dunia dengan menentang Croatia pada Rabu sebelum melengkapkan aksi Kumpulan L menentang Ghana dan Panama. – BERNAMA/PA MEDIA/DPA © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Malaysia kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →