Tumbler ada ruang sorok vape: Ibu bapa perlu cakna barang peribadi anak - AADK
KUALA NERUS: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengesan kewujudan 'tumbler' atau botol air yang mempunyai ruang khas untuk menyembunyikan barang terlarang seperti rokok elektronik (vape), kini boleh didapati secara terbuka termasuk menerusi platform jualan dalam talian. Sehubungan itu, Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Siti Mariam Mursidan berkata ibu bapa disaran lebih peka terhadap barangan peribadi anak-anak bagi memastikan mereka tidak terjebak penggunaan vape yang dika
KUALA NERUS: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengesan kewujudan 'tumbler' atau botol air yang mempunyai ruang khas untuk menyembunyikan barang terlarang seperti rokok elektronik (vape), kini boleh didapati secara terbuka termasuk menerusi platform jualan dalam talian. Sehubungan itu, Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Siti Mariam Mursidan berkata ibu bapa disaran lebih peka terhadap barangan peribadi anak-anak bagi memastikan mereka tidak terjebak penggunaan vape yang dikatakan antara faktor awal mendorong penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja dan pelajar. "Ibu bapa kena tahu apa anak mereka buat (bawa). Komunikasi penting, jangan masing-masing asyik dengan gajet sahaja," katanya selepas merasmikan program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah peringkat Terengganu di Bandar Al Wathiqu Billah Shah, di sini hari ini. Beliau berkata demikian mengulas penularan video di media sosial memaparkan kewujudan tumbler berkenaan yang digunakan pelajar, selepas dikesan seorang guru sekolah menengah di Lembah Klang. Siti Mariam berkata, pemantauan ibu bapa tidak bermaksud mengongkong anak remaja, sebaliknya ia pendekatan terbaik membimbing golongan itu tidak terjebak gejala tidak sihat termasuk penyalahgunaan dadah. Kakitangan AADK juga memainkan peranan proaktif mendekati golongan pelajar sekolah seluruh negara supaya tidak mencuba aktiviti menghampiri dadah seperti merokok dan menggunakan vape. Mengulas statistik, Siti Mariam berkata 191,832 penagih dan penyalah guna dadah direkodkan dengan kadar nasional mencecah 560 orang bagi setiap 100,000 penduduk. Katanya, empat negeri berhampiran sempadan merekodkan catatan tertinggi iaitu Kelantan seramai 1,105 penagih dan penyalah guna dadah bagi setiap 100,000 penduduk diikuti Terengganu (997), Perlis (970) dan Kedah (965). Negeri lain turut merekodkan kadar tinggi ialah Pahang dengan 795 orang bagi setiap 100,000 penduduk, diikuti Pulau Pinang (757), Melaka (659), Perak (579) dan Negeri Sembilan (553). Sabah mencatat kadar terendah iaitu 230 orang bagi setiap 100,000 penduduk, diikuti Putrajaya (276), Selangor (338), Wilayah Persekutuan Labuan (451), Kuala Lumpur (488), Sarawak (498) dan Johor (499). © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Malaysia kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →