Peluang Brazil atasi Maghribi 57.7 peratus

📌 Diğer 📰 Malaysia 🕐 az önce
Peluang Brazil atasi Maghribi 57.7 peratus

DALLAS: Penyedia statistik Opta Analyst meramalkan Brazil mempunyai peluang 57.7 peratus untuk menang pada perlawanan peringkat kumpulan menentang Maghribi, yang mempunyai peluang kemenangan 18.8 peratus. Berdasarkan analisis itu juga terdapat 23.5 peratus peluang perlawanan itu berakhir dengan seri. Secara keseluruhan pula, pasukan Brazil mempunyai 65.85 peratus untuk mengungguli Kumpulan C, manakala Maghribi mempunyai 23.14 peratus peluang yang sama. Maghribi adalah pasukan

DALLAS: Penyedia statistik Opta Analyst meramalkan Brazil mempunyai peluang 57.7 peratus untuk menang pada perlawanan peringkat kumpulan menentang Maghribi, yang mempunyai peluang kemenangan 18.8 peratus. Berdasarkan analisis itu juga terdapat 23.5 peratus peluang perlawanan itu berakhir dengan seri. Secara keseluruhan pula, pasukan Brazil mempunyai 65.85 peratus untuk mengungguli Kumpulan C, manakala Maghribi mempunyai 23.14 peratus peluang yang sama. Maghribi adalah pasukan 'pengganggu besar' pada Piala Dunia 2022 di Qatar, menewaskan Sepanyol dan Portugal sebelum tewas kepada Perancis di separuh akhir. Negara itu adalah negara Afrika pertama yang mara ke separuh akhir Piala Dunia. Maghribi tiba di kejohanan 2026 yang dijangka akan menikmati prestasi terbaik daripada pasukan-pasukan di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara. Pasukan yang diperkuat daripada generasi pemain yang dibentuk di akademi, liga Sepanyol dan Perancis, Maghribi mempunyai kualiti yang cukup untuk menjadikan malam pembukaan yang sukar buat Brazil. Bagaimanapun, pasukan itu juga berdepan kesukaran memulakan tahun 2026 apabila tewas dalam perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika kepada Senegal di tempat sendiri, hanya untuk kemudiannya dianugerahkan gelaran itu secara kontroversi apabila pesaing mereka dihukum kerana meninggalkan padang sebagai protes atas penalti. Jurulatih Walid Regragui meletak jawatan tiga bulan sebelum Piala Dunia dan digantikan oleh Mohamed Ouahbi yang berasal dari Belgium, yang dinaikkan pangkat daripada pasukan belia selepas membimbing Maghribi memenangi gelaran Piala Dunia bawah 20 tahun di Chile tahun lalu. © New Straits Times Press (M) Bhd

📌 Kaynak

Bu özet Malaysia kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
📱
News AI World — Mobil uygulama
Bu haberleri 45 dilde, anlık çeviriyle cebinde. Erken erişim için Gmail adresini bırak.
← Tüm haberlere dön