'Satu penghormatan dimarahi oleh 75,000 penyokong' - Penso

💻 Teknoloji 📰 Malaysia 🕐 az önce
'Satu penghormatan dimarahi oleh 75,000 penyokong' - Penso

LOS ANGELES: Apabila Tori Penso melangkah masuk ke padang dalam salah satu pentas terbesar dunia, beliau sedar setiap keputusannya akan diperhatikan dan dinilai. Namun bagi Penso yang juga salah seorang daripada dua pengadil wanita dalam kalangan 52 pengadil di Piala Dunia 2026, tekanan itu adalah sesuatu yang dinikmatinya. "Ia satu penghormatan untuk dimarahi oleh 75,000 penyokong," katanya kepada Yahoo. Perjalanan Penso ke pentas tertinggi bola sepak dunia bukan sesuatu yan

LOS ANGELES: Apabila Tori Penso melangkah masuk ke padang dalam salah satu pentas terbesar dunia, beliau sedar setiap keputusannya akan diperhatikan dan dinilai. Namun bagi Penso yang juga salah seorang daripada dua pengadil wanita dalam kalangan 52 pengadil di Piala Dunia 2026, tekanan itu adalah sesuatu yang dinikmatinya. "Ia satu penghormatan untuk dimarahi oleh 75,000 penyokong," katanya kepada Yahoo. Perjalanan Penso ke pentas tertinggi bola sepak dunia bukan sesuatu yang dijangka apabila beliau mula menjadi pengadil pada usia 14 tahun sekadar untuk memperoleh pendapatan tambahan. Ketika itu, kerjaya pengadil profesional sepenuh masa masih belum wujud di Amerika Syarikat (AS). Namun, minatnya terhadap bola sepak membuatkan beliau terus mengadili perlawanan sambil beraksi di peringkat kelab ketika menuntut di Universiti Negeri Florida. Selepas tamat pengajian, Penso bekerja dalam bidang pemasaran dan terus menjadi pengadil secara sambilan. Suaminya, Chris Penso, kemudian muncul antara pengadil profesional terawal negara itu selepas penubuhan Organisasi Pengadil Profesional pada 2012. Hanya pada 2019, ketika menyaksikan Piala Dunia Wanita 2019 selepas melahirkan anak ketiganya, Penso mula mempertimbangkan untuk menjadi pengadil profesional sepenuh masa. Melihat ramai pengadil wanita yang berjaya dalam pelbagai kerjaya seperti peguam, doktor dan ibu, beliau yakin mampu melakukan perkara yang sama. Beliau kemudian meninggalkan kerjaya dalam pemasaran dan memberi dirinya tempoh dua tahun untuk berjaya. "Setahun kemudian, saya sudah mengadili perlawanan dalam Major League Soccer (MLS)," katanya. Kini hampir berusia 40 tahun, Penso berada di kemuncak kerjayanya. Pada musim panas ini, beliau dan Katia Itzel Garcia menjadi wanita kedua dan ketiga dalam sejarah yang dipilih sebagai pengadil utama perlawanan Piala Dunia lelaki. Menurutnya, tugas itu memerlukan tahap kecergasan luar biasa kerana pengadil perlu mengekori pemain terpantas dunia seperti Kylian Mbappe sepanjang 90 minit permainan. "Saya perlu menjalani ujian kecergasan yang sama seperti pengadil lelaki. Tiada jalan pintas," katanya. Program latihan Penso sangat ketat dan disusun secara saintifik. Beliau menjalani latihan selama dua jam setengah setiap hari termasuk sesi bersama jurulatih pecut dua kali seminggu, latihan intensiti tinggi, latihan kekuatan serta larian dengan beban tambahan. Beliau turut mendapatkan pemantauan doktor untuk memastikan tahap kesihatan dan pemakanan berada pada tahap optimum termasuk ujian darah berkala bagi menyesuaikan program latihannya. Malah, proses pemulihan seperti regangan, rendaman ais dan sauna turut diatur secara sistematik. Penso juga banyak menggunakan teknik visualisasi sebagai sebahagian daripada persediaannya. "Saya mengkaji semua pemain, asal-usul mereka dan bahasa yang mereka gunakan. Saya membayangkan bagaimana saya akan berinteraksi dengan mereka. "Saya juga memikirkan pelbagai senario yang mungkin berlaku dalam perlawanan supaya apabila ia benar-benar berlaku, saya sudah bersedia. Sebagai pengadil, anda tidak mahu terkejut." Penso mengakui bahawa separuh daripada penyokong pasti tidak akan berpuas hati dengan apa juga keputusan yang dibuatnya. "Hakikatnya, 50 peratus penonton tidak akan gembira dengan keputusan saya. Kadang-kadang saya membuat keputusan terhadap pasukan tuan rumah dan seluruh stadium menentang saya." Namun, beliau menganggap semua itu sebagai sebahagian daripada permainan. Pada masa sama, Penso sedar kehadirannya sebagai pengadil wanita di pentas terbesar dunia membawa makna yang lebih besar. "Saya mahu mengatakan bahawa saya hanyalah seorang lagi pengadil biasa, tetapi saya rasa kita belum sampai ke tahap itu. "Masih ada budaya yang sukar menerima wanita dalam peranan kepemimpinan dan autoriti. "Adakah kami mewakili kanak-kanak perempuan dan wanita di seluruh dunia? Sudah tentu. Dan saya memikul tanggungjawab itu dengan penuh kesungguhan," katanya. -AGENSI © New Straits Times Press (M) Bhd

#app

📌 Kaynak

Bu özet Malaysia kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
📱
News AI World — Mobil uygulama
Bu haberleri 45 dilde, anlık çeviriyle cebinde. Erken erişim için Gmail adresini bırak.
← Tüm haberlere dön