Yayasan LTAT perkasa masa depan anak ATM

📰 Gündem 📰 Malaysia 🕐 az önce
Yayasan LTAT perkasa masa depan anak ATM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menerusi Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) terus memperkasa masa depan anak-anak warganya melalui pelbagai inisiatif pendidikan yang menyeluruh, bermula dari peringkat sekolah rendah hingga ke alam pekerjaan. Menerusi perkongsian di Facebook, kementerian berkenaan memaklumkan insiatif itu disediakan sebagai usaha memastikan pelajar berkenaan terus cemerlang, berdaya saing serta mencapai potensi terbaik mereka. Bagi per

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menerusi Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) terus memperkasa masa depan anak-anak warganya melalui pelbagai inisiatif pendidikan yang menyeluruh, bermula dari peringkat sekolah rendah hingga ke alam pekerjaan. Menerusi perkongsian di Facebook, kementerian berkenaan memaklumkan insiatif itu disediakan sebagai usaha memastikan pelajar berkenaan terus cemerlang, berdaya saing serta mencapai potensi terbaik mereka. Bagi peringkat awal persekolahan, antara inisiatif diambil termasuklah menyediakan sumbangan sebanyak RM50 kepada 3,328 murid Tahun Satu dalam kalangan anak-anak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikreditkan terus ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) menerusi Program Simpanan Pendidikan MADANI sebagai permulaan kepada simpanan pendidikan masa depan. Dalam usaha memperkukuh pendedahan terhadap bidang masa depan, Program Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) turut dilaksanakan dengan kerjasama TalentCorp dan Universiti Sains Malaysia (USM). Ia membuka peluang kepada pelajar Tingkatan Dua dan Tingkatan Tiga di empat sekolah dalam kem untuk meneroka bidang STEM. Program itu bertujuan memupuk minat serta memberi pendedahan awal kepada pelajar terhadap bidang berteknologi tinggi. Bagi membantu calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula, Program Sentuhan Elit SPM memberi manfaat kepada 616 pelajar Tingkatan Lima di enam sekolah yang berada di dalam kem menerusi program motivasi, bengkel teknik menjawab soalan, tuisyen intensif serta pecutan akhir SPM. Sementara itu, Program e-PERKASA SPM yang dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyediakan tuisyen dalam talian secara percuma dan bantuan komputer riba kepada 664 anak ATM yang bersekolah di luar kem bagi meningkatkan prestasi akademik mereka. Bagi melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, Kementerian Pertahanan turut menyediakan pelbagai peluang biasiswa pendidikan tinggi kepada anak-anak warga pertahanan, termasuk Biasiswa YLTAT-IIUM Ummatic yang disertakan dengan elaun, selain Biasiswa City University Malaysia dan Biasiswa Kings University College. Dalam aspek kebolehpasaran graduan pula, Program PROWIRA – Ready To Work (RTW) Graduan diperkenalkan sebagai program pendedahan industri untuk membantu graduan ijazah sarjana muda membina pengalaman, meningkatkan kemahiran profesional serta memperkukuhkan kesiapsiagaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan. © New Straits Times Press (M) Bhd

#war

📌 Kaynak

Bu özet Malaysia kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
📱
News AI World — Mobil uygulama
Bu haberleri 45 dilde, anlık çeviriyle cebinde. Erken erişim için Gmail adresini bırak.
← Tüm haberlere dön