Skuad Nafuzi terus tampil garang
KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara meneruskan rentak cemerlang pada aksi Kejuaraan B-19 ASEAN 2026 apabila menewaskan Brunei 4-0 di Stadium Teladan, Indonesia sebentar tadi. Selepas membuka kempen dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Singapura, anak buah Nafuzi Zain merakam kemenangan kedua berturut-turut untuk menghimpun enam mata sekali gus mendahului Kumpulan B. Seperti dijangka, Malaysia mendominasi dari awal permainan namun beberapa percubaan yang dilakukan
KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara meneruskan rentak cemerlang pada aksi Kejuaraan B-19 ASEAN 2026 apabila menewaskan Brunei 4-0 di Stadium Teladan, Indonesia sebentar tadi. Selepas membuka kempen dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Singapura, anak buah Nafuzi Zain merakam kemenangan kedua berturut-turut untuk menghimpun enam mata sekali gus mendahului Kumpulan B. Seperti dijangka, Malaysia mendominasi dari awal permainan namun beberapa percubaan yang dilakukan menerusi Abid Safaraz Rozaidi pada minit ketiga dan minit ke-18 tidak berhasil. Gol yang diburu Malaysia akhirnya hadir pada minit ke-22 menerusi gol sendiri daripada pemain Brunei, Mahmud Khalish Zaifulizham yang tertampan percubaan Ahmad Lutfil Hadi Sahabudin. Skuad negara melepaskan beberapa peluang terhidang selepas meledak satu lagi gol pada hujung babak pertama menerusi tandukan Muhammad Arsyad Mohd Shamsul Aswadi untuk menutup 45 minit pertama dengan 2-0. Bersambung babak kedua, Malaysia menggandakan asakan untuk menambah gol namun belum cukup untuk menerjah gawang Brunei untuk kali ketiga. Malaysia hampir menambah gol ketiga pada minit ke-86 selepas Tengku Hasyri Shah Meerza Tengku Hazman menggelecek penjaga gol Brunei, Mohammed Safwan Aflie Md Shahrin sebelum dikecewakan penyudah kurang kemas yang tersasar ke tepi pintu gol Brunei. Enam minit masa tambahan pada babak kedua menyaksikan Malaysia meledak dua gol menerusi penyudah Muhammad Ierfan Hafizan selepas bola gagal ditangkap kemas Mohammed Safwan Aflie disusuli gol keempat daripada Muhamad Irfan Aswad Roslan. Kemenangan bergaya 4-0 membolehkan anak buah Nafuzi mengutip tiga mata berharga sebelum menutup aksi peringkat kumpulan menentang Thailand pada aksi yang dijangka menjadi perebutan juara kumpulan di Stadium Madya 1, Isnin ini. Sebagai rekod, Malaysia pernah dua kali muncul juara iaitu pada edisi 2018 di Surabaya, Indonesia di bawah kendalian Bojan Hodak dan edisi 2022 di Jakarta dan Bekasi, Indonesia di bawah kendalian Hassan Sazali Waras. Pada edisi terakhir pada 2024 di Surabaya, Indonesia, skuad B-19 yang ketika itu dibimbing Juan Torres Garrido menamatkan saingan di tempat keempat selepas tewas penentuan sepakan penalti kepada Australia. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →