Serena Williams teruskan kemunculan semula di Berlin
BERLIN: Legenda tenis Amerika Syarikat, Serena Williams akan meneruskan kemunculan semulanya di pentas kompetitif apabila disahkan menyertai acara beregu wanita di Terbuka Berlin yang berlangsung bulan ini. Penganjur kejohanan mengumumkan penyertaan bekas pemain nombor satu dunia berusia 44 tahun itu hari ini, sekali gus menjadikan kejohanan berkenaan sebagai satu lagi persinggahan penting dalam usaha Serena kembali bersaing selepas hampir empat tahun meninggalkan Jelajah WTA
BERLIN: Legenda tenis Amerika Syarikat, Serena Williams akan meneruskan kemunculan semulanya di pentas kompetitif apabila disahkan menyertai acara beregu wanita di Terbuka Berlin yang berlangsung bulan ini. Penganjur kejohanan mengumumkan penyertaan bekas pemain nombor satu dunia berusia 44 tahun itu hari ini, sekali gus menjadikan kejohanan berkenaan sebagai satu lagi persinggahan penting dalam usaha Serena kembali bersaing selepas hampir empat tahun meninggalkan Jelajah WTA. "Setiap kejohanan yang saya sertai ketika ini cukup istimewa dan Berlin tidak terkecuali. "Saya tidak sabar untuk beraksi di hadapan penyokong di Jerman dan meneruskan persiapan menjelang musim gelanggang rumput," katanya dalam satu kenyataan. Bagaimanapun, pasangan beregu Serena bagi kejohanan itu masih belum diumumkan. Isnin lalu, pemenang 23 gelaran Grand Slam perseorangan itu mengesahkan kemunculan semulanya apabila akan menyertai kejohanan di Queen's Club, London yang bermula pada 8 Jun ini. Terbuka Berlin yang dijadual berlangsung bermula 15 Jun ini dianggap antara kejohanan pemanas badan utama menjelang Wimbledon yang akan membuka tirainya 29 Jun nanti. Kejohanan itu dijangka berlangsung sengit apabila sembilan daripada 10 pemain terbaik dunia dalam ranking WTA turut disenaraikan sebagai peserta. Kali terakhir Serena beraksi dalam kejohanan kompetitif adalah pada Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2022 apabila langkahnya terhenti di pusingan ketiga. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →