Rumah di New Zealand dibanjiri najis, saluran kumbahan tersumbat akibat ribut

📰 Gündem 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Rumah di New Zealand dibanjiri najis, saluran kumbahan tersumbat akibat ribut

WELLINGTON: Beberapa rumah di ibu negara New Zealand dibanjiri najis dan produk sanitari hari ini selepas ribut yang melanda sepanjang malam menyebabkan saluran sisa kumbahan tersumbat, menurut syarikat utiliti bandar itu, Wellington Water. Menurutnya, limpahan sisa kumbahan di kawasan pinggir bandar yang indah, Island Bay, berpunca daripada saluran utama kumbahan yang tersumbat. Menurutnya, lima hartanah terjejas akibat sisa kumbahan itu dan pasukannya sedang menjalankan ker

WELLINGTON: Beberapa rumah di ibu negara New Zealand dibanjiri najis dan produk sanitari hari ini selepas ribut yang melanda sepanjang malam menyebabkan saluran sisa kumbahan tersumbat, menurut syarikat utiliti bandar itu, Wellington Water. Menurutnya, limpahan sisa kumbahan di kawasan pinggir bandar yang indah, Island Bay, berpunca daripada saluran utama kumbahan yang tersumbat. Menurutnya, lima hartanah terjejas akibat sisa kumbahan itu dan pasukannya sedang menjalankan kerja membersihkan najis serta produk sanitari selain menyahkuman rumah yang terbabit. "Terdapat sebuah trak sedutan kumbahan berada di lokasi itu. "Kami menyedari terdapat beberapa hartanah yang mengalami limpahan akibat saluran utama yang tersumbat. Kami sedang bekerjasama dengan pemilik hartanah untuk membantu kerja pembersihan dan nyahkuman, "kata syarikat itu dalam satu kenyataan. Sementara itu, penduduk Island Bay, Richard Peters, memberitahu penyiar nasional, RNZ, keadaan yang menjijikkan itu menjadi lebih buruk selepas banjir mulai surut. "Terdapat ketulan najis di atas tanah, tuala wanita dan air berwarna coklat di merata-rata tempat," katanya. Syarikat itu turut menasihatkan penduduk supaya menjauhi Teluk Tarakena dan tidak melakukan aktiviti berenang, meluncur ombak atau berkayak di sepanjang pesisir pantai selatan Wellington sehingga diberitahu kelak. Wellington Water turut memaklumkan, hujan lebat turut menyebabkan masalah tambahan kepada loji rawatan air kumbahan Moa Point. Ia tidak berfungsi dengan baik sejak dilanda ribut pada Februari lalu. - AFP © New Straits Times Press (M) Bhd

#war

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön