Jadi keldai akaun, juruelektrik, nelayan didakwa di mahkamah
JOHOR BAHRU: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menjadi keldai akaun kepada sindiket pelaburan dan penipuan pekerjaan membabitkan kerugian RM11,200. Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Firdaus Abd Halil, 22, dan Tan Bing Chong, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee. Muhammad Firdaus yang bekerja sebagai juruelektrik didakwa secara tidak jujur menolong mengalihkan har
JOHOR BAHRU: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menjadi keldai akaun kepada sindiket pelaburan dan penipuan pekerjaan membabitkan kerugian RM11,200. Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Firdaus Abd Halil, 22, dan Tan Bing Chong, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee. Muhammad Firdaus yang bekerja sebagai juruelektrik didakwa secara tidak jujur menolong mengalihkan harta milik seorang wanita berjumlah RM1,200 ke dalam akaun bank miliknya dan kesalahan itu dilakukan di Jalan Dedap 4, Taman Johor Jaya, di sini pada 9 Januari lalu. Bing Chong yang bekerja sebagai nelayan pula didakwa secara tidak jujur menolong mengalihkan harta milik seorang lelaki berjumlah RM10,000 ke akaun bank miliknya, di Jalan Sutera Pulai, Taman Johor Jaya di sini pada 15 Disember tahun lalu. Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Mamu dan R Nevina, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. Kedua-dua tertuduh dibenar diikat jamin RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 11 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →