Mexico laung amaran awal
TOLUCA (Mexico): Mexico menutup tirai persiapan menjelang Piala Dunia dengan penuh bergaya selepas membelasah Serbia 5-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Toluca. Skuad kendalian Javier Aguirre yang akan membuka kempen kejohanan selaku tuan rumah bersama menentang Afrika Selatan di Stadium Azteca pada 11 Jun ini, bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan meyakinkan. Mexico dikejutkan dengan jaringan awal Petar Stanic pada minit ke-19 yang meletakkan Serbia di
TOLUCA (Mexico): Mexico menutup tirai persiapan menjelang Piala Dunia dengan penuh bergaya selepas membelasah Serbia 5-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Toluca. Skuad kendalian Javier Aguirre yang akan membuka kempen kejohanan selaku tuan rumah bersama menentang Afrika Selatan di Stadium Azteca pada 11 Jun ini, bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan meyakinkan. Mexico dikejutkan dengan jaringan awal Petar Stanic pada minit ke-19 yang meletakkan Serbia di hadapan. Bagaimanapun, tuan rumah tidak mengambil masa lama untuk menyusun semula rentak permainan apabila Johan Vasquez menyamakan kedudukan sebelum gol sendiri Stefan Bukinac membolehkan Mexico mendahului 2-1 menjelang waktu rehat. Bersambung babak kedua, Mexico terus menguasai permainan menerusi jaringan Raul Jimenez, satu lagi gol sendiri pemain Serbia dan penyudah Luis Chavez untuk melengkapkan kemenangan besar 5-1. Kejayaan itu sekali gus menyuntik keyakinan menjelang saingan Piala Dunia dan meningkatkan harapan penyokong tempatan untuk melihat Mexico melakar perjalanan jauh dalam kejohanan berprestij itu. Selain Afrika Selatan, Mexico turut akan berdepan Korea Selatan dan Republik Czech dalam aksi Kumpulan A. Namun, Aguirre mengingatkan anak buahnya agar tidak terlalu dibuai kemenangan besar itu meskipun mengakui keputusan berkenaan memberi suntikan moral yang positif. "Keputusan ini ibarat pedang bermata dua. Keyakinan perlu dikawal kerana terlalu yakin boleh mendatangkan kesan buruk sama seperti kurang keyakinan," katanya. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →