Sultan Pahang saran sedia kemudahan latihan kepada anggota barisan hadapan

📌 Diğer 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Sultan Pahang saran sedia kemudahan latihan kepada anggota barisan hadapan

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menyarankan agensi kerajaan, khususnya yang membabitkan anggota barisan hadapan menyediakan kemudahan latihan intensif seperti gimnasium untuk memastikan anggota dalam keadaan cergas ketika bertugas. Baginda bertitah, dengan adanya kemudahan berkenaan, anggota sentiasa berada pada tahap terbaik, sekali gus dapat meneruskan tanggungjawab dalam memberikan khidmat dan bantuan kepada masyarakat. "Angg

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menyarankan agensi kerajaan, khususnya yang membabitkan anggota barisan hadapan menyediakan kemudahan latihan intensif seperti gimnasium untuk memastikan anggota dalam keadaan cergas ketika bertugas. Baginda bertitah, dengan adanya kemudahan berkenaan, anggota sentiasa berada pada tahap terbaik, sekali gus dapat meneruskan tanggungjawab dalam memberikan khidmat dan bantuan kepada masyarakat. "Anggota barisan hadapan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), tentera laut, udara dan darat dapat menjalani latihan lebih intensif dengan adanya kemudahan latihan," titah baginda. Baginda ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Gimnasium Mahkota di Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota, di sini hari ini. Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Nor Hisham Mohammad dan Pengarah JBPM Pahang Datuk Mohd Razam Tajam Rahim. Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan penghargaan kepada anggota bomba dalam membantu masyarakat terutama ketika berdepan pelbagai kes seperti kebakaran, kemalangan dan kecemasan. "Pasukan bomba ini memang saya tidak nafikan amat penting bagi negeri Pahang kerana segala masalah dihadapi rakyat mereka antara agensi sampai di tempat kejadian sama ada kejadian kecil atau besar. "Hasrat saya nak lihat anggota keselamatan ini sihat dan cergas," titah baginda. © New Straits Times Press (M) Bhd

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön