Pearly-Thinaah kandas di suku akhir
KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah gagal mengulangi pencapaian cemerlang tahun lalu apabila terkandas di peringkat suku akhir Terbuka Indonesia selepas tewas kepada pasangan Jepun, Rui Hirokami-Sayaka Hobara di Istora Senayan, Jakarta, hari ini. Pasangan ranking kedua dunia itu terpaksa akur selepas tewas 20-22, 16-21 dalam tempoh 46 minit sekali gus menamatkan cabaran Malaysia dalam acara beregu wanita. Kekalahan itu menyaksikan Pearly-Thinaah gag
KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah gagal mengulangi pencapaian cemerlang tahun lalu apabila terkandas di peringkat suku akhir Terbuka Indonesia selepas tewas kepada pasangan Jepun, Rui Hirokami-Sayaka Hobara di Istora Senayan, Jakarta, hari ini. Pasangan ranking kedua dunia itu terpaksa akur selepas tewas 20-22, 16-21 dalam tempoh 46 minit sekali gus menamatkan cabaran Malaysia dalam acara beregu wanita. Kekalahan itu menyaksikan Pearly-Thinaah gagal mengekalkan momentum yang membawa mereka ke pentas final kejohanan bertaraf Super 1000 itu pada edisi tahun lalu. Pada 2025, pasangan negara mencipta sejarah tersendiri apabila mara ke final Terbuka Indonesia sebelum tewas kepada gandingan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning 25-23, 12-21, 19-21. Turun dengan harapan untuk sekali lagi melangkah jauh di Jakarta, Pearly-Thinaah bagaimanapun berdepan tentangan sengit daripada pasangan Jepun yang tampil lebih konsisten sepanjang perlawanan. Set pertama berlangsung cukup seimbang dengan kedua-dua pasangan saling bertukar mata dalam usaha menguasai permainan. Pearly-Thinaah beberapa kali berjaya merapatkan kedudukan, namun Hirokami-Hobara lebih tenang pada mata-mata penting untuk menutup set pertama 22-20. Kehilangan set pertama sedikit menjejaskan rentak pasangan negara yang kemudian ketinggalan pada awal set kedua. Walaupun cuba bangkit untuk memberi tekanan kepada lawan, pasangan Jepun berjaya mengekalkan momentum dan mengawal permainan dengan baik sebelum melengkapkan kemenangan 21-16. Keputusan itu sekali gus menamatkan harapan Pearly-Thinaah untuk mengulangi pencapaian sebagai finalis di Jakarta, namun prestasi mereka tetap menunjukkan peningkatan selepas Pearly kembali beraksi bulan lalu susulan kecederaan belakang yang memaksanya berehat hampir dua bulan. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →