Harapan Soon Huat-Shevon musnah di Jakarta

📌 Diğer 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Harapan Soon Huat-Shevon musnah di Jakarta

KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai terlepas peluang keemasan untuk melangkah ke separuh akhir Terbuka Indonesia apabila tewas dalam aksi penuh dramatik kepada pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue di Istora Senayan, Jakarta, hari ini. Pasangan ranking ke-12 dunia itu terpaksa akur selepas tewas 21-15, 18-21, 20-22 dalam pertarungan sengit yang berlanjutan selama 70 minit. Beregu negara bermula cemerlang apabila menguasai set p

KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai terlepas peluang keemasan untuk melangkah ke separuh akhir Terbuka Indonesia apabila tewas dalam aksi penuh dramatik kepada pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue di Istora Senayan, Jakarta, hari ini. Pasangan ranking ke-12 dunia itu terpaksa akur selepas tewas 21-15, 18-21, 20-22 dalam pertarungan sengit yang berlanjutan selama 70 minit. Beregu negara bermula cemerlang apabila menguasai set pertama menerusi permainan kemas dan kawalan gelanggang yang baik untuk menang 21-15. Bagaimanapun, pasangan pilihan keempat kejohanan dari Perancis itu meningkatkan rentak pada set kedua dan berjaya memberikan tekanan berterusan kepada wakil negara. Soon Huat-Shevon pada satu ketika dilihat berada di landasan terbaik untuk menamatkan perlawanan dalam dua set, namun Gicquel-Delphine berjaya memintas pada kedudukan 18-17 sebelum menutup set kedua 21-18 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan. Soon Huat-Shevon hampir melangkah ke separuh akhir apabila mendahului 20-18 dan hanya memerlukan satu mata untuk menamatkan perlawanan. Namun, kegagalan memanfaatkan mata kemenangan itu mengundang padah apabila pasangan Perancis berkenaan memenangi empat mata berturut-turut untuk melengkapkan kebangkitan dan menang 22-20. Kekalahan itu sekali gus menamatkan cabaran Malaysia dalam acara beregu campuran di Jakarta, selain menyaksikan Soon Huat-Shevon terlepas peluang untuk meneruskan momentum positif yang dipamerkan sepanjang kejohanan. © New Straits Times Press (M) Bhd

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön