Impian Malaysia ke final berkecai dibelasah Jepun
KUALA LUMPUR: Impian skuad hoki lelaki Bawah 18 Tahun (B-18) negara untuk muncul juara Piala Asia B-18 2026 tidak kesampaian apabila dibelasah tuan rumah Jepun 1-8 pada aksi separuh akhir di Kakamigahara, hari ini. Kekalahan besar itu menyaksikan Malaysia terlepas peluang beraksi di final, namun masih berpeluang menamatkan kejohanan di podium apabila bakal turun dalam penentuan tempat ketiga esok. Jepun yang tampil selaku antara pasukan pilihan tidak menunggu lama untuk membu
KUALA LUMPUR: Impian skuad hoki lelaki Bawah 18 Tahun (B-18) negara untuk muncul juara Piala Asia B-18 2026 tidak kesampaian apabila dibelasah tuan rumah Jepun 1-8 pada aksi separuh akhir di Kakamigahara, hari ini. Kekalahan besar itu menyaksikan Malaysia terlepas peluang beraksi di final, namun masih berpeluang menamatkan kejohanan di podium apabila bakal turun dalam penentuan tempat ketiga esok. Jepun yang tampil selaku antara pasukan pilihan tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila Numada Gaku meledak gol menerusi pukulan sudut penalti (PC) pada minit ketujuh. Tuan rumah terus menambah tekanan apabila Yoshioka Mahiro menggandakan kelebihan empat minit kemudian sebelum Dobashi Takuya menjadikan kedudukan 3-0 pada minit yang sama. Dobashi sekali lagi menemui sasaran pada minit ke-20 sebelum Inukai Yoga menambah derita Malaysia seminit kemudian untuk meletakkan Jepun selesa mendahului 5-0 menuju separuh masa. Malaysia yang cuba bangkit pada separuh masa kedua terus berdepan kesukaran apabila Mori Tatsuya menjaringkan gol keenam Jepun pada minit ke-44 sebelum Inukai menambah satu lagi gol seminit kemudian. Skuad negara akhirnya memperoleh gol saguhati menerusi pukulan penalti yang disempurnakan Dheeressh Gunaseelan pada minit ke-47. Namun kegembiraan itu hanya seketika apabila Inukai melengkapkan kemenangan bergaya Jepun menerusi satu lagi pukulan penalti seminit kemudian untuk memastikan keputusan 8-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Kekalahan itu menyaksikan Malaysia gagal mencapai sasaran utama untuk mara ke final dan menjulang kejuaraan, namun anak buah Mohd Harfizi Baharom masih berpeluang menamatkan kempen dengan pingat gangsa. Skuad muda negara kini menunggu lawan bagi aksi penentuan tempat ketiga yang akan menemukan mereka dengan pasukan yang tewas antara Pakistan dan India dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →