'Pertemuan UMNO-PAS semalam hanya bincang kolaborasi pastikan kestabilan negara terpelihara' - Zahid

📌 Diğer 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
'Pertemuan UMNO-PAS semalam hanya bincang kolaborasi pastikan kestabilan negara terpelihara' - Zahid

PUTRAJAYA: Pertemuan antara pemimpin PAS dan UMNO yang berlangsung semalam, hanya membincangkan soal kolaborasi yang boleh dilakukan bagi memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pertemuan itu juga tidak membabitkan presiden parti. "Pertemuan itu tanpa presiden parti, ia sekadar perbincangan bagaimana soal kolaborasi yang harus kita lakukan kerana kita tidak mahu kestabilan politik di negara ini tergugat,

PUTRAJAYA: Pertemuan antara pemimpin PAS dan UMNO yang berlangsung semalam, hanya membincangkan soal kolaborasi yang boleh dilakukan bagi memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pertemuan itu juga tidak membabitkan presiden parti. "Pertemuan itu tanpa presiden parti, ia sekadar perbincangan bagaimana soal kolaborasi yang harus kita lakukan kerana kita tidak mahu kestabilan politik di negara ini tergugat," katanya selepas 'Walkabout' Karnival Hari TVET Negara 2026 di Dataran Putrajaya, di sini, hari ini. Ahmad Zahid berkata, UMNO sememangnya kerap mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk rakan dalam parti komponen Kerajaan Perpaduan. "Jadi, semua kemungkinan dalam politik ini akan berlaku kerana politik sangat dinamik. "Sebab itu, pintu kami sentiasa terbuka bukan hanya untuk mengadakan perbincangan politik, tetapi juga mengenai agenda nasional yang harus kita terjemahkan bersama," katanya. Ditanya sama ada PAS mengajak Barisan Nasional (BN) dan UMNO menghidupkan semula Muafakat Nasional 2.0, Ahmad Zahid berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan. "Tidak ada perbincangan mengenai perkara itu, tetapi semua kemungkinan dengan 'avenue' yang baharu ataupun mewujudkan satu kesefahaman, namun ia masih terlalu awal untuk dimuktamadkan. "Yang penting, BN bersama Pakatan Harapan (PH) sudah membentuk Kerajaan Perpaduan ini bersama-sama rakan dari Sarawak dan Sabah. "Paling penting ialah mengekalkan kerajaan sedia ada hingga ke akhir penggal Parlimen ke-15," katanya. © New Straits Times Press (M) Bhd

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön