China pantau pelajar menipu guna cermin mata pintar ketika peperiksaan

📌 Diğer 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
China pantau pelajar menipu guna cermin mata pintar ketika peperiksaan

BEIJING: Pelajar di beberapa wilayah di China perlu menjalani pemeriksaan cermin mata sebelum menduduki peperiksaan kemasukan ke kolej negara itu tahun ini, lapor Channel News Asia. Langkah itu diambil susulan pihak berkuasa memperketat pemantauan terhadap penggunaan cermin mata pintar, mengambil kira kebimbangan mengenai penipuan menggunakan teknologi tinggi. Kementerian Pendidikan bersama beberapa pihak berkuasa wilayah mengeluarkan beberapa peringatan dan peraturan menjela

BEIJING: Pelajar di beberapa wilayah di China perlu menjalani pemeriksaan cermin mata sebelum menduduki peperiksaan kemasukan ke kolej negara itu tahun ini, lapor Channel News Asia. Langkah itu diambil susulan pihak berkuasa memperketat pemantauan terhadap penggunaan cermin mata pintar, mengambil kira kebimbangan mengenai penipuan menggunakan teknologi tinggi. Kementerian Pendidikan bersama beberapa pihak berkuasa wilayah mengeluarkan beberapa peringatan dan peraturan menjelang peperiksaan berprofil tinggi itu, dikenali sebagai 'gaokao', yang akan bermula Ahad ini. Hampir 13 juta calon mendaftar untuk menduduki 'gaokao' tahun ini. Peperiksaan itu dilihat sebagai platform utama bagi peluang pendidikan dan kerjaya pelajar. Di Guangdong Selasa lalu, pihak berkuasa pendidikan memaklumkan, calon yang memakai atau membawa cermin mata perlu menanggalkannya untuk pemeriksaan sebelum memasuki dewan peperiksaan. Sementara itu, menurut laporan akhbar milik kerajaan, China Daily, Shanghai turut mengeluarkan panduan sama. Pelajar yang memakai cermin mata preskripsi digesa memberikan kerjasama kepada pengawas peperiksaan semasa pemeriksaan sebelum peperiksaan dijalankan. China Daily turut melaporkan, pihak berkuasa di Inner Mongolia pula mengarahkan pelajar yang lazimnya memakai cermin mata pintar supaya menukar kepada cermin mata preskripsi biasa sebelum menduduki 'gaokao'. Wilayah Hebei dan Guizhou turut memperkenalkan syarat sama. - AGENSI © New Straits Times Press (M) Bhd

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön