MBJB senarai hitam kontraktor tak patuh SOP tangkap anjing liar
JOHOR BAHRU: JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tidak akan teragak-agak untuk menyenaraihitamkan kontraktor sekiranya siasatan mendapati berlaku ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) penangkapan anjing liar di Puteri Wangsa pada 15 Mei lalu. Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Haffiz Ahmad, berkata MBJB memandang serius isu berkenaan dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk kecuaian, salah laku atau ketidakpatuhan terhadap SOP yang
JOHOR BAHRU: JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tidak akan teragak-agak untuk menyenaraihitamkan kontraktor sekiranya siasatan mendapati berlaku ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) penangkapan anjing liar di Puteri Wangsa pada 15 Mei lalu. Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Haffiz Ahmad, berkata MBJB memandang serius isu berkenaan dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk kecuaian, salah laku atau ketidakpatuhan terhadap SOP yang ditetapkan. Beliau berkata, setiap operasi penguatkuasaan berkaitan tangkapan dan pelupusan anjing terbiar di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) wajib dilaksanakan secara terkawal, berhemah dan mematuhi sepenuhnya SOP Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar yang ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). "Susulan kejadian itu, MBJB menjalankan siasatan dalaman dan mendapati individu terbabit adalah pekerja kepada kontraktor yang dilantik bagi melaksanakan operasi penghapusan kacau ganggu anjing liar. "Surat tunjuk sebab turut dikeluarkan kepada kontraktor berkenaan atas kegagalan mematuhi SOP dan syarat pelantikan yang ditetapkan. "Pada masa sama, MBJB membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa sekiranya terdapat unsur kecuaian, salah laku, penyalahgunaan kuasa atau pelanggaran undang-undang dalam isu ini. "Sekiranya hasil siasatan mendapati berlaku pelanggaran SOP atau kecuaian, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil, termasuk penggantungan operasi, penamatan kontrak, senarai hitam serta tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab," katanya pada Mesyuarat Penuh MBJB di Dewan Inai Merah, Menara MBJB, di sini hari ini. Sementara itu, Mohd Haffiz berkata, pemilik haiwan peliharaan digalakkan memandulkan haiwan masing-masing bagi mengelakkan pertambahan populasi yang tidak terkawal serta menimbulkan kacau ganggu. Beliau berkata, tanggungjawab pemilik haiwan peliharaan bukan sekadar memastikan haiwan berkenaan diberi makan, malah perlu memastikan ia tidak berkeliaran tanpa kawalan, tiada gangguan bunyi bising atau haiwan diabaikan. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →