Pendedahan AFC boleh jadi pemangkin kebangkitan FAM
KUALA LUMPUR: Hasil audit daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang didedahkan pada Kongres Luar Biasa (EGM) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seharusnya menjadi titik tolak kepada kebangkitan semula badan induk itu selepas ini. Meskipun didedahkan berdepan pelbagai kelemahan sistemik sekali gus memberi kesan kepada imej FAM namun pendedahan itu akan menjadi pengajaran berguna dalam misi memulihkan reputasi dan kredibiliti badan induk itu. Setiausaha Agung FAM, Datuk No
KUALA LUMPUR: Hasil audit daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang didedahkan pada Kongres Luar Biasa (EGM) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seharusnya menjadi titik tolak kepada kebangkitan semula badan induk itu selepas ini. Meskipun didedahkan berdepan pelbagai kelemahan sistemik sekali gus memberi kesan kepada imej FAM namun pendedahan itu akan menjadi pengajaran berguna dalam misi memulihkan reputasi dan kredibiliti badan induk itu. Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, apa juga hasil penilaian yang sudah diberikan AFC wajar dijadikan pedoman kepada semua orang untuk menjadikan FAM lebih baik pada masa akan datang. "Kita terima apa pun dapatan yang dibuat oleh AFC dan kita tidak boleh lagi berpaling ke belakang. Apa yang dikongsikan kali ini juga adalah sesuatu yang bagus dan kita kena ambil sebagai panduan untuk jadi lebih baik. "Kalau mahu Malaysia ke arah Piala Dunia, kita pun pastinya kena ada struktur yang betul. Perancangan boleh diatur tetapi saya tidak boleh buat apa dan kena tunggu EXCO baharu yang bakal dilantik selepas ini," katanya. Terdahulu, laporan audit menyeluruh yang dijalankan AFC mendedahkan FAM berdepan 'sakit kronik' membabitkan pelbagai kelemahan sistemik membabitkan tadbir urus, akauntabiliti dan pengurusan organisasi. Menerusi audit yang dibentangkan oleh Timbalan Setiausaha Agung AFC, Vahid Kardany, kelemahan FAM bersifat sistemik dengan isu tadbir urus, akauntabiliti dan reka bentuk institusi yang menjejaskan keberkesanan operasi persatuan. Tegasnya, masalah yang dihadapi badan induk bola sepak negara bukan berpunca daripada satu jabatan tertentu, sebaliknya kegagalan berulang merentasi hampir keseluruhan struktur organisasi. Vahid berkata, kelemahan sistemik itu menyaksikan FAM tidak dapat berfungsi dengan efisien sekali gus menjejaskan keseluruhan prestasi dalam setiap jabatan badan induk itu. Susulan itu, prestasi setiap jabatan dalam FAM merekodkan kadar yang kurang memuaskan sekali gus menyebabkan langkah penyelesaian segera perlu diambil untuk 'memperbaiki' FAM dari segenap segi. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →