'Projek tambakan laut Karpal Singh Drive diberi secara rundingan terus, bukan tender terbuka' - Guan Eng
GEORGETOWN: Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng, mendakwa projek tambakan laut seluas 28.33 hektar di Karpal Singh Drive diberikan secara rundingan terus dan bukannya melalui proses tender terbuka. Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, kenyataan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, mengesahkan dakwaannya sebelum ini bahawa projek tambakan laut itu tidak dimasukkan dalam Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) yang ditandatangani pada 21 Februari 2020. Beliau berkata, ketiada
GEORGETOWN: Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng, mendakwa projek tambakan laut seluas 28.33 hektar di Karpal Singh Drive diberikan secara rundingan terus dan bukannya melalui proses tender terbuka. Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, kenyataan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, mengesahkan dakwaannya sebelum ini bahawa projek tambakan laut itu tidak dimasukkan dalam Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) yang ditandatangani pada 21 Februari 2020. Beliau berkata, ketiadaan projek itu dalam JDA menunjukkan ia tidak dilaksanakan melalui tender terbuka atau proses Permintaan Cadangan (RFP) oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). "Kegagalan menyatakan tambakan laut 28.33 hektar itu dalam JDA mendedahkan bahawa ia tidak dilaksanakan melalui tender terbuka," katanya dalam kenyataan hari ini. Kenyataan itu dibuat selepas Kerajaan Pulau Pinang menafikan dakwaan Guan Eng bahawa cadangan projek tambakan laut di luar pesisir Karpal Singh Drive dianugerahkan tanpa tender terbuka. Guan Eng berkata, projek tambakan seluas 28.33 hektar itu diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 25 Ogos 2021, iaitu 18 bulan selepas JDA ditandatangani. Susulan itu, beliau mencabar Kon Yeow dan PDC menunjukkan mana-mana klausa dalam JDA yang merujuk kepada tambahan 28.33 hektar kawasan tambakan itu. "Jika ia tidak dapat ditunjukkan, maka jelas projek tambakan itu diberikan secara rundingan terus pada 25 Ogos 2021," katanya. Guan Eng berkata, projek itu mempunyai implikasi besar dari segi nilai tanah, kesan alam sekitar dan bantahan penduduk setempat. Beliau berkata, tanah yang ditambak itu boleh bernilai sehingga RM1.8 bilion berdasarkan anggaran harga RM600 bagi setiap kaki persegi, selain memberi kesan kepada pemandangan pesisir pantai. Sementara itu, Guan Eng turut mempersoalkan pindaan terhadap bayaran fi pengurusan projek bernilai RM20 juta yang perlu dibayar PLB Engineering Berhad kepada PDC. Beliau berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meminda JDA pada 13 November 2024 dan 9 April 2025 bagi membolehkan pembayaran itu ditangguhkan. "Terpulang kepada orang ramai untuk menilai sama ada syarat dipinda itu mematuhi keperluan tender asal dan JDA," katanya. Guan Eng turut mengulangi gesaannya supaya isu itu tidak dipertahankan tanpa penjelasan yang jelas, memandangkan projek tambakan 28.33 hektar itu membabitkan implikasi kewangan, alam sekitar dan kepentingan awam yang besar serta memerlukan ketelusan penuh daripada kerajaan negeri dan agensi pelaksana. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →