'Sekatan MyKhas tidak dibuat sewenang-wenangnya, pasti ada sesuatu' - Fahmi

📰 Gündem 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
'Sekatan MyKhas tidak dibuat sewenang-wenangnya, pasti ada sesuatu' - Fahmi

PUTRAJAYA: Sekatan akses terhadap sistem MyKhas yang dikenakan ke atas beberapa Ahli Parlimen berkemungkinan berpunca daripada faktor tertentu dan tidak dilakukan secara sewenang-wenangnya. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata sekatan berkenaan hanya membabitkan akses kepada peruntukan di bawah sistem MyKhas dan tidak menjejaskan hak atau elaun lain yang diterima wakil rakyat melalui Parlimen. "Isu ini merujuk kepada peruntukan MyKhas dan tidak menyentuh

PUTRAJAYA: Sekatan akses terhadap sistem MyKhas yang dikenakan ke atas beberapa Ahli Parlimen berkemungkinan berpunca daripada faktor tertentu dan tidak dilakukan secara sewenang-wenangnya. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata sekatan berkenaan hanya membabitkan akses kepada peruntukan di bawah sistem MyKhas dan tidak menjejaskan hak atau elaun lain yang diterima wakil rakyat melalui Parlimen. "Isu ini merujuk kepada peruntukan MyKhas dan tidak menyentuh hak atau elaun serta aspek lain yang diberikan kepada seorang wakil rakyat melalui Parlimen. "Oleh itu, sudah pasti ada sesuatu yang telah berlaku yang mengakibatkan sekatan ini dikenakan kepada mereka," katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini. Fahmi memaklumkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) juga sudah menjelaskan bahawa penduduk di kawasan Parlimen terbabit masih boleh mengemukakan permohonan seperti biasa untuk diteliti dan dipertimbangkan pihak berkenaan. "Saya ambil maklum dan umum juga sedia maklum bahawa ICU telah membuat kenyataan bahawa warga dan penduduk di kedua-dua Parlimen masih boleh membuat permohonan yang akan diteliti oleh pihak ICU untuk diluluskan. "Jadi, tidak timbul isu dari segi permohonan dan peruntukan MyKhas," katanya. MyKhas ialah sistem dalam talian di bawah seliaan ICU JPM yang digunakan bagi mengurus dana atau peruntukan pembangunan kawasan yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Ahli Parlimen. Baru-baru ini, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mendakwa pejabat mereka tidak lagi dapat mengakses sistem MyKhas, sekali gus menjejaskan urusan permohonan peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) di kawasan masing-masing. Pada 22 Mei lalu, Wong Chen mendakwa pejabatnya dinafikan akses ke portal MyKhas secara tiba-tiba tanpa sebarang notis. Sebelum ini, Wong Chen dilaporkan antara enam Ahli Parlimen PKR yang menghadiri program hala tuju politik dikendalikan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad. Lima lagi ialah Datuk Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Rodziah Ismail (Ampang), Zahir Hassan (Wangsa Maju), Lee Chean Chung (Petaling Jaya) dan seorang lagi Ahli Parlimen PKR. Terdahulu, media melaporkan pemimpin kanan PKR mempertahankan keputusan menggantung akses MyKhas terhadap Wong Chen dan Chean Chung. Timbalan Setiausaha Agung PKR, Bryan Ng Yih Miin dilaporkan berkata, tindakan itu bukan disebabkan kesilapan pentadbiran atau menyasarkan individu tertentu, sebaliknya kesan institusi susulan pendirian politik yang diambil kedua-dua wakil rakyat berkenaan. © New Straits Times Press (M) Bhd

#war

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön