BERSATU masih ada jentera di DUN Endau, boleh pertahan kerusi - Dr Sahruddin

📌 Diğer 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
BERSATU masih ada jentera di DUN Endau, boleh pertahan kerusi - Dr Sahruddin

JOHOR : Alwiyah keluar parti: BERSATU Johor yakin pertahan kerusi DUN Endau. JOHOR BAHRU: BERSATU Johor yakin mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 meskipun penyandangnya, Alwiyah Talib keluar parti berkuat kuasa serta-merta. Pengerusi BERSATU Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, parti itu tidak terjejas dengan perkembangan berkenaan kerana masih mempunyai kekuatan jentera akar umbi di semua peringkat serta soko

JOHOR : Alwiyah keluar parti: BERSATU Johor yakin pertahan kerusi DUN Endau. JOHOR BAHRU: BERSATU Johor yakin mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 meskipun penyandangnya, Alwiyah Talib keluar parti berkuat kuasa serta-merta. Pengerusi BERSATU Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, parti itu tidak terjejas dengan perkembangan berkenaan kerana masih mempunyai kekuatan jentera akar umbi di semua peringkat serta sokongan ahli di kawasan berkenaan. "Jentera kami masih ada, bahagian kami pun masih ada jadi saya rasa Insya-Allah tak ada masalah (pertahan kerusi DUN Endau). "Kita masih ada lagi ahli yang terdiri daripada orang lama dan anak muda yang Insya-Allah masih bersama parti," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau mengulas tindakan Alwiyah yang juga Ketua BERSATU Mersing mengumumkan keluar daripada parti berkenaan semalam. Alwiyah yang berkhidmat sejak 2018 bagi DUN Endau berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau akan kembali bersama UMNO. Pada PRN 2018, Alwiyah kali pertama memenangi kerusi DUN Endau atas tiket Barisan Nasional (BN). Namun, pada Mei 2018, beliau bersama beberapa ADUN Johor yang lain mengumumkan keluar daripada UMNO dan menyertai BERSATU. Pada PRN 2022, beliau berjaya mempertahankan kerusi DUN Endau di bawah tiket Perikatan Nasional (PN-BERSATU) dalam pertandingan lima penjuru. DUN Johor ke-15 dibubarkan berkuat kuasa 1 Jun lalu bagi memberi laluan kepada PRN, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh sehingga 60 hari untuk mengadakan PRN. © New Straits Times Press (M) Bhd

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön