APM guna lori hidraulik untuk pindah pesakit 180kg

🏥 Sağlık 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
APM guna lori hidraulik untuk pindah pesakit 180kg

KOTA BHARU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menggunakan sebuah lori lima tan dilengkapi sistem pengangkat hidraulik, bagi memindahkan dua pesakit wanita obesiti ke hospital rujukan dalam operasi khas awal pagi tadi. Timbalan Pengarah APM Kelantan, Leftenan Kolonel Mohd Farid Ishak, berkata penggunaan aset khas itu, membolehkan proses pemindahan dijalankan dengan selamat dan lancar. Ini kerana kedua-dua pesakit memerlukan pengendalian khusus berikutan faktor b

KOTA BHARU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menggunakan sebuah lori lima tan dilengkapi sistem pengangkat hidraulik, bagi memindahkan dua pesakit wanita obesiti ke hospital rujukan dalam operasi khas awal pagi tadi. Timbalan Pengarah APM Kelantan, Leftenan Kolonel Mohd Farid Ishak, berkata penggunaan aset khas itu, membolehkan proses pemindahan dijalankan dengan selamat dan lancar. Ini kerana kedua-dua pesakit memerlukan pengendalian khusus berikutan faktor berat badan serta keadaan kesihatan mereka. Beliau berkata pesakit pertama, seorang wanita berusia 33 tahun dengan anggaran berat badan melebihi 180 kilogram (kg), dipindahkan dari Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, untuk mendapatkan rawatan pakar. "Pesakit kedua pula ialah seorang wanita berusia 28 tahun dengan anggaran berat badan 160kg yang mengalami komplikasi paru-paru akibat jangkitan kuman serta berada dalam keadaan diintubasi. Beliau dipindahkan dari Hospital Machang ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai bagi menerima rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini. Mohd Farid berkata operasi berkenaan turut membabitkan pegawai perubatan dan petugas hospital yang memantau keadaan pesakit serta memberikan rawatan sewajarnya sepanjang perjalanan. Semua berjaya diselesaikan sepenuhnya kira-kira jam 5 pagi hasil kerjasama erat antara APM dan Kementerian Kesihatan. Beliau berkata sebanyak dua pegawai dan tujuh anggota lain-lain pangkat (APM Daerah Kota Bharu terbabit dalam penugasan itu. © New Straits Times Press (M) Bhd

#hospital

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön