Perasuah perlu tindakan tegas, bukan sekadar kompaun seperti salah 'parking' kereta - Penganalisis

📰 Gündem 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Perasuah perlu tindakan tegas, bukan sekadar kompaun seperti salah 'parking' kereta - Penganalisis

KUALA LUMPUR: Kesalahan rasuah yang hanya dikenakan kompaun oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat tidak wajar kerana berpotensi mencetuskan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat. Penganalisis rasuah yang juga pakar undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Salawati Mat Basir, berkata kesalahan rasuah adalah serius kerana lazimnya membabitkan penyelewengan dana khususnya wang rakyat. Justeru, beliau menegaskan, kesalahan rasuah amat

KUALA LUMPUR: Kesalahan rasuah yang hanya dikenakan kompaun oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat tidak wajar kerana berpotensi mencetuskan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat. Penganalisis rasuah yang juga pakar undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Salawati Mat Basir, berkata kesalahan rasuah adalah serius kerana lazimnya membabitkan penyelewengan dana khususnya wang rakyat. Justeru, beliau menegaskan, kesalahan rasuah amat tidak wajar untuk dikenakan kompaun sahaja kerana ia bukan kesalahan biasa dan sepatutnya dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran kepada masyarakat. "Apabila Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) memberi teguran itu, saya mendapati ia adalah sesuatu yang wajar kerana kompaun yang dikenakan kepada mereka yang didakwa atas kesalahan rasuah tidak sepatutnya berlaku. "Kompaun ini adalah seperti kesalahan (awam) seperti meletakkan kereta di tempat yang mengganggu laluan, bukannya kesalahan rasuah. Perkara yang membabitkan penyalahgunaan kuasa dan penyalahgunaan dana awam adalah berbeza kerana dana yang diseleweng itu bukan hak milik individu, tetapi hak milik rakyat. "Jadi, amat tidak wajar sekiranya ia hanya diselesaikan melalui kompaun, kerana situasi itu boleh menimbulkan persepsi bahawa tidak mengapa melakukan kesalahan kerana akhirnya hanya dikenakan kompaun yang jumlahnya tidak seberapa," katanya kepada BH. Beliau mengulas gesaan MCW untuk SPRM menjelaskan secara terbuka berhubung keputusan menawarkan kompaun kepada seorang bekas ketua unit komunikasi korporat sebuah kementerian yang sebelum ini didakwa memperoleh suapan RM5,268. Presiden MCW, Jais Abdul Karim dilaporkan berkata, gesaan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang melepaskan dan membebaskan tertuduh selepas wanita itu membayar kompaun yang ditawarkan SPRM. Jais berkata walaupun keputusan mahkamah yang dibuat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, namun kes itu menimbulkan persoalan yang wajar dijawab secara terbuka bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap sistem keadilan jenayah negara. Mengulas lanjut, Salawati juga menuntut SPRM memberikan justifikasi kepada orang awam mengapa ia berlaku kerana kes berkenaan adalah membabitkan kepentingan awam, penyalahgunaan kuasa, penggunaan wang rakyat dan kepentingan negara. "SPRM adalah pihak yang mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan dan sekiranya SPRM dilihat lemah dalam perkara ini, ia akan menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat. Sebab itu saya berpendapat teguran MCW adalah wajar dan datang pada masa yang tepat," katanya. Beliau berkata, Ketua Pesuruhjaya SPRM juga perlu melakukan perubahan yang diharapkan semua pihak dan menangani kes-kes rasuah dengan lebih baik. "Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu mungkin membawa pendekatan yang berbeza dan adalah penting perkara-perkara yang tidak diselesaikan ditangani dengan lebih baik. Saya juga berharap SPRM akan menjadi lebih telus dan tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi," katanya. © New Straits Times Press (M) Bhd

#war

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön