SPR terima pemakluman rasmi pembubaran DUN Negeri Sembilan

📌 Diğer 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
SPR terima pemakluman rasmi pembubaran DUN Negeri Sembilan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan sudah menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan seperti yang termaktub di bawah Fasal 56(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata pemakluman itu diterima daripada Yang di-Pertua DUN Negeri Sembilan, Datuk M K Ibrahim Abd Rahman melalui surat bertarikh 5 Jun 2026. "Berdasarkan Fasal 56 (4) Undang-Undang Tubuh Kerajaa

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan sudah menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan seperti yang termaktub di bawah Fasal 56(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata pemakluman itu diterima daripada Yang di-Pertua DUN Negeri Sembilan, Datuk M K Ibrahim Abd Rahman melalui surat bertarikh 5 Jun 2026. "Berdasarkan Fasal 56 (4) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, berkehendakkan suatu pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Negeri terbabit. "Sehubungan dengan itu, satu Mesyuarat Khas untuk membincangkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri, Negeri Sembilan akan diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian," katanya dalam kenyataan hari ini. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, malam tadi mengumumkan DUN negeri itu dibubarkan berkuat kuasa hari ini. Negeri Sembilan menjadi negeri kedua membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada PRN selepas Johor yang berbuat demikian pada Isnin lalu. Aminuddin dilaporkan berkata, pembubaran itu dibuat selepas beliau mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. © New Straits Times Press (M) Bhd

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön