PM arah tindakan tegas warga asing langgar peraturan

📰 Gündem 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
PM arah tindakan tegas warga asing langgar peraturan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan tindakan penguatkuasaan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang berhubung dakwaan berlaku pengambilalihan kegiatan perniagaan tempatan oleh warga asing. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata perkara itu dibangkitkan sendiri oleh Perdana Menteri dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini selepas menerima pelbagai aduan mengenai isu berkenaan. "Perdana Menteri

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan tindakan penguatkuasaan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang berhubung dakwaan berlaku pengambilalihan kegiatan perniagaan tempatan oleh warga asing. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata perkara itu dibangkitkan sendiri oleh Perdana Menteri dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini selepas menerima pelbagai aduan mengenai isu berkenaan. "Perdana Menteri turut membangkitkan isu aduan berkaitan dakwaan pengambilalihan aktiviti perniagaan tempatan oleh warga asing. "Beliau mengarahkan tindakan penguatkuasaan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peruntukan undang-undang serta menyalahgunakan lesen, visa atau kemudahan perniagaan yang diperuntukkan, termasuk kepada warganegara Malaysia," katanya pada sidang media mingguan, di sini hari ini. Mengulas petisyen dalam talian yang menggesa pelarian Rohingya diusir keluar dari negara ini, Fahmi berkata, Perdana Menteri tidak merujuk kepada mana-mana kumpulan tertentu ketika membangkitkan isu berkenaan. Sebaliknya, beliau berkata, Anwar merujuk kepada aduan yang diterima kerajaan mengenai fenomena pembabitan warga asing dalam aktiviti perniagaan tempatan. "Perdana Menteri tidak menyebut mana-mana kumpulan secara khusus, sebaliknya merujuk kepada aduan berkaitan fenomena itu. "Kita serahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk bertindak mengikut undang-undang dan kita mengingatkan semua peniaga supaya sentiasa mematuhi peraturan, khususnya mereka yang mempunyai lesen untuk menjalankan aktiviti perniagaan," katanya. Baru-baru ini, Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kehadiran pelarian Rohingya di beberapa kawasan di negara ini yang didakwa menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat. Pengerusinya, Sophian Mohd Zain, dilaporkan berkata kebimbangan itu berlarutan sejak beberapa tahun lalu berikutan ketiadaan penyelesaian jangka panjang yang jelas terhadap isu berkenaan. Beliau berkata, pihaknya tidak mempertikaikan keperluan kemanusiaan pelarian, termasuk akses kepada pendidikan dan perkhidmatan kesihatan, namun mempersoalkan bagaimana sebahagian daripada mereka mampu menjalankan perniagaan dan mengumpul sumber kewangan yang besar walaupun berstatus pelarian. © New Straits Times Press (M) Bhd

#war

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön