Jin Wei terharu syarikat korporat beri sokongan

💰 Ekonomi 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Jin Wei terharu syarikat korporat beri sokongan

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei mengakui terkejut dengan kesediaan beberapa syarikat korporat tampil memberikan sokongan kepada kariernya, terutama ketika keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu. Pemain ranking ke-53 dunia itu berkata, mendapatkan penaja sebagai atlet profesional bukan tugas mudah kerana kebanyakan syarikat kini lebih berhati-hati sebelum membuat pelaburan jangka panjang terhadap seseorang atlet. Menurutnya, situasi

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei mengakui terkejut dengan kesediaan beberapa syarikat korporat tampil memberikan sokongan kepada kariernya, terutama ketika keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu. Pemain ranking ke-53 dunia itu berkata, mendapatkan penaja sebagai atlet profesional bukan tugas mudah kerana kebanyakan syarikat kini lebih berhati-hati sebelum membuat pelaburan jangka panjang terhadap seseorang atlet. Menurutnya, situasi itu menyebabkan ramai pemain profesional berdepan cabaran untuk terus bertahan dalam saingan kompetitif di peringkat antarabangsa. "Memang sangat sukar kerana keadaan ekonomi sekarang tidak begitu baik. Itu hakikatnya. "Kalau lihat sekarang pun, tidak ramai lagi pemain profesional yang masih mampu bertahan. Jadi kami perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan sokongan," katanya. Bagaimanapun, Jin Wei bersyukur apabila usahanya mencari sokongan membuahkan hasil selepas menerima kepercayaan beberapa syarikat korporat yang sedia membantu perjalanan kariernya menuju kempen kelayakan Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28). Katanya, inisiatif mendapatkan sokongan itu bermula apabila beliau sendiri mengambil langkah bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cuckoo International, Datuk Ho Wai Keong bagi membincangkan peluang kerjasama yang boleh membantu membiayai perancangannya sebagai atlet profesional. Lebih menggembirakan, sambutan yang diterima jauh melebihi jangkaannya memandangkan beliau menyedari karier seorang atlet sentiasa berdepan pelbagai ketidakpastian. Mengulas perancangannya menjelang kempen kelayakan LA28, Jin Wei berkata pasukannya sedang merangka beberapa pendekatan baharu termasuk menambah sesi latihan bersama pemain jemputan dari luar negara. Jin Wei berharap sokongan diterima bukan sahaja mampu membantunya mencapai sasaran ke Olimpik, malah menjadi suntikan semangat untuk terus membuktikan atlet profesional negara juga mampu bersaing di pentas tertinggi dunia. © New Straits Times Press (M) Bhd

#ekonomi

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön