Sesi bergambar Jemaah Menteri tiada kaitan pembubaran Parlimen

📌 Diğer 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Sesi bergambar Jemaah Menteri tiada kaitan pembubaran Parlimen

PUTRAJAYA: Dakwaan tular di media sosial bahawa Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengarahkan anggota Jemaah Menteri menghadiri sesi bergambar rasmi pagi ini sebagai petanda pembubaran Parlimen adalah tidak benar. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata sesi fotografi berkenaan diadakan susulan pelantikan beberapa anggota baharu dalam Jemaah Menteri selepas rombakan Kabinet pada Disember lalu. Beliau berkata, sehingga kini belum ada peluang untuk mengadakan sesi

PUTRAJAYA: Dakwaan tular di media sosial bahawa Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengarahkan anggota Jemaah Menteri menghadiri sesi bergambar rasmi pagi ini sebagai petanda pembubaran Parlimen adalah tidak benar. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata sesi fotografi berkenaan diadakan susulan pelantikan beberapa anggota baharu dalam Jemaah Menteri selepas rombakan Kabinet pada Disember lalu. Beliau berkata, sehingga kini belum ada peluang untuk mengadakan sesi bergambar rasmi membabitkan keseluruhan barisan Jemaah Menteri selepas rombakan terbabit. "Perdana Menteri ada memaklumkan bahawa memang ada hasrat untuk mengambil gambar rasmi Jemaah Menteri kerana terdapat anggota baharu yang dilantik selepas rombakan Kabinet sebelum ini. "Sebelum ini juga pernah diadakan sesi bergambar rasmi dengan konfigurasi Jemaah Menteri yang terdahulu, jadi perkara ini adalah amalan biasa dan tidak mempunyai kaitan dengan pembubaran Parlimen," katanya pada sidang media mingguan, di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas spekulasi gambar Perdana Menteri bersama anggota Jemaah Menteri yang tular di media sosial. Dalam pada itu, Fahmi berkata, sesi berkenaan turut mengambil kesempatan daripada kehadiran anggota Kabinet ke Putrajaya sempena Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menyaksikan mereka mengenakan pakaian istiadat rasmi. "Jabatan Perdana Menteri berpendapat hari ini adalah masa yang sesuai untuk mengambil gambar rasmi itu kerana semua anggota Jemaah Menteri hadir dengan pakaian nombor satu. "Jadi tidak timbul sebarang isu atau petanda kepada pembubaran Parlimen. Ia sekadar satu urusan rasmi yang lazim dilakukan," katanya. © New Straits Times Press (M) Bhd

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön