De la Fuente lega Sepanyol bebas kecederaan

📌 Diğer 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
De la Fuente lega Sepanyol bebas kecederaan

LA CORUNA (Sepanyol): Jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente lega apabila pasukannya berjaya mengharungi aksi persahabatan terakhir di laman sendiri tanpa sebarang kecederaan, selain berpeluang menguji beberapa pemain muda menjelang kempen Piala Dunia. Sepanyol yang disenaraikan antara calon pilihan untuk menjulang trofi Piala Dunia sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Iraq dalam aksi pemanas badan di La Coruna, awal pagi tadi. De la Fuente berkata, perlawanan itu leb

LA CORUNA (Sepanyol): Jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente lega apabila pasukannya berjaya mengharungi aksi persahabatan terakhir di laman sendiri tanpa sebarang kecederaan, selain berpeluang menguji beberapa pemain muda menjelang kempen Piala Dunia. Sepanyol yang disenaraikan antara calon pilihan untuk menjulang trofi Piala Dunia sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Iraq dalam aksi pemanas badan di La Coruna, awal pagi tadi. De la Fuente berkata, perlawanan itu lebih tertumpu kepada usaha menilai tahap kecergasan pemain serta memberi peluang kepada beberapa muka baharu untuk membuktikan kemampuan mereka di pentas antarabangsa. "Hari ini lebih kepada mendapatkan gambaran prestasi dan memberi peluang kepada pemain lain. Tiada kecederaan dan itu perkara yang penting. "Kini kami memasuki fasa baharu yang memerlukan intensiti lebih tinggi dengan lebih ramai pemain menyumbang kepada pasukan. Esok kami akan berada di Amerika Syarikat dan tumpuan kami akan terarah sepenuhnya kepada Piala Dunia," katanya. Sepanyol yang akan menjadikan Chattanooga, Tennessee sebagai kem latihan sepanjang kejohanan, dijadual berdepan Peru dalam satu lagi aksi persahabatan di Puebla, Mexico pada Isnin ini sebelum memulakan kempen Kumpulan H menentang Cape Verde, Arab Saudi dan Uruguay. Dalam perlawanan menentang Iraq, De la Fuente merehatkan beberapa tonggak utama termasuk Lamine Yamal, Nico Williams, David Raya, Marc Cucurella, Pedri, Fabian Ruiz, Martin Zubimendi, Rodri dan Mikel Oyarzabal atas faktor kecergasan. Pada masa sama, Marc Bernal, Jon Martin, Gonzalo Garcia, Benat Turrientes, Javi Guerra, Marc Pubill, Javi Rodriguez dan Leo Roman diberikan peluang membuat penampilan sulung bersama skuad senior. "Mereka semua layak mendapat peluang ini. Perlawanan ini membolehkan kami memberikan penampilan sulung kepada pemain yang memang berhak. Mereka banyak membantu pasukan "Mereka adalah pemain masa depan dan saya yakin kita akan melihat mereka bersama skuad senior dengan lebih kerap selepas ini. Satu lagi objektif berjaya dicapai," katanya. Sementara itu, status kecergasan penyerang muda Barcelona, Lamine Yamal masih menjadi perhatian menjelang aksi pembukaan menentang Cape Verde pada 15 Jun ini. Pemain berusia 18 tahun itu sedang menjalani proses pemulihan daripada kecederaan hamstring kiri yang menamatkan musimnya lebih awal pada April lalu. Bagaimanapun, De la Fuente tetap optimis Yamal mampu pulih mengikut jadual yang ditetapkan walaupun enggan memberikan jaminan sepenuhnya. © New Straits Times Press (M) Bhd

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön