BYD ATTO 3 serba baharu dilancar

📰 Gündem 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
BYD ATTO 3 serba baharu dilancar

KUALA LUMPUR: BYD Sime Motors, pengedar rasmi BYD di Malaysia melancarkan model 2026 BYD ATTO 3 serba baharu yang menampilkan pelbagai penambahbaikan dari segi prestasi, teknologi pintar dan kecekapan pemanduan pada harga RM125,800 bagi varian Ultra dan RM138,800 untuk varian Premium. Model terbaharu itu menjadi antara usaha berterusan mempercepatkan peralihan Malaysia ke arah penggunaan mobiliti elektrik (EV) secara meluas serta mengukuhkan jenama BYD yang kini menjadi EV no

KUALA LUMPUR: BYD Sime Motors, pengedar rasmi BYD di Malaysia melancarkan model 2026 BYD ATTO 3 serba baharu yang menampilkan pelbagai penambahbaikan dari segi prestasi, teknologi pintar dan kecekapan pemanduan pada harga RM125,800 bagi varian Ultra dan RM138,800 untuk varian Premium. Model terbaharu itu menjadi antara usaha berterusan mempercepatkan peralihan Malaysia ke arah penggunaan mobiliti elektrik (EV) secara meluas serta mengukuhkan jenama BYD yang kini menjadi EV nombor satu di Malaysia dengan lebih 32,000 unit kenderaan terjual setakat ini. Pengurus Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma, berkata selain ATTO 3, BYD kini menawarkan pelbagai model untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza termasuk DOLPHIN, SEAL, M6, SEALION 7, ATTO 2 dan SEAL 6. Beliau berkata, ATTO 3 adalah model yang membuka laluan kepada kemasukan BYD ke pasaran Malaysia dan kekal sebagai antara penyumbang utama kejayaan syarikat itu. "Sebagai model pertama kami di Malaysia, ATTO 3 berkembang menjadi SUV EV paling laris di pasaran tempatan. Kerjasama dengan Sime Motors membolehkan kami memahami keperluan pelanggan tempatan dengan lebih baik, sekali gus menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih memuaskan disokong perkhidmatan selepas jualan yang lebih dipercayai serta layanan pelanggan yang lebih baik. "Berasaskan kejayaan global melebihi 1.1 juta unit, ATTO 3 baharu dipertingkatkan lagi untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih halus, jarak perjalanan lebih jauh dan penggunaan harian yang lebih praktikal," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pengarah Urusan BYD Sime Motors, Adeline Lew, berkata sejak diperkenalkan di Malaysia pada Disember 2022, ATTO 3 memainkan peranan penting dalam mempercepatkan penerimaan EV dalam kalangan pengguna tempatan. Beliau berkata, model itu kekal sebagai EV paling laris sepanjang masa di Malaysia dengan jumlah jualan mencecah 12,000 unit. "Model 2026 BYD ATTO 3 meneruskan legasi itu dengan spesifikasi yang dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan pemandu Malaysia. "Gabungan prestasi lebih baik, teknologi lebih pintar dan kemudahan penggunaan harian menjadikannya lebih sesuai dengan gaya hidup moden rakyat Malaysia," katanya. BYD ATTO 3 2026 ditawarkan dalam dua varian iaitu Ultra dan Premium, dengan varian Premium menjadi pilihan spesifikasi lebih tinggi yang menekankan aspek prestasi, teknologi serta jarak pemanduan. Selaras dengan tema 'Faster, Further, Smarter', varian Premium mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 5.5 saat menerusi penggunaan Bateri Blade BYD berkapasiti 74.8 kilowatt-jam (kWh). Varian itu menawarkan jarak pemanduan sehingga 600 kilometer mengikut piawaian NEDC selain menyokong pengecasan pantas DC sehingga 220 kilowatt (kW). Varian Ultra pula menggunakan bateri 60.48 kWh dengan jarak pemanduan sehingga 480 kilometer dan keupayaan pengecasan pantas DC sehingga 110 kW. Kedua-dua varian turut dilengkapi sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) serta pelbagai ciri moden yang direka untuk kegunaan harian pengguna. © New Straits Times Press (M) Bhd

#war

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön