Tipu tawar khidmat pembantu rumah dengan bayaran murah
KUALA LUMPUR: Menyamar ejen pembantu rumah warga asing menerusi media sosial dengan bayaran yang kononnya berbaloi, namun ia sebenarnya taktik menipu mereka yang terdesak mendapatkan khidmat amah. Seorang lelaki hanya mahu dikenali sebagai Dillon, mendakwa hampir menjadi mangsa ketika mencari pembantu rumah bagi membantu isterinya yang baru bersalin. "Saya dihubungi seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai 'Jenny menerusi media sosial, mendakwa mewakili sebuah agensi p
KUALA LUMPUR: Menyamar ejen pembantu rumah warga asing menerusi media sosial dengan bayaran yang kononnya berbaloi, namun ia sebenarnya taktik menipu mereka yang terdesak mendapatkan khidmat amah. Seorang lelaki hanya mahu dikenali sebagai Dillon, mendakwa hampir menjadi mangsa ketika mencari pembantu rumah bagi membantu isterinya yang baru bersalin. "Saya dihubungi seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai 'Jenny menerusi media sosial, mendakwa mewakili sebuah agensi pembantu rumah. Dia turut kongsi maklum balas atau testimoni pelanggan dan rekod transaksi palsu yang dipercayai palsu. "Dia tawarkan saya pakej super berbaloi, kononnya menarik walhal tidak logik dengan harga pasaran. Dia mendakwa gaji bulanan pembantu rumah RM2600, namun jika ambil pakej jangka pendek tiga bulan, hanya perlu bayar RM6,300 atau purata RM2,100 sebulan. "Saya didesak buat bayaran segera, tetapi semasa saya semak di Facebook, terdapat orang lain mendedahkan menjadi mangsa individu sama, sudah mengalami kerugian RM5,900, hampir 100 peratus sama dengan situasi dihadapi saya," katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini hari ini. Dillan berkata, dia dijanjikan tempoh percubaan selama lima hari dengan jaminan wang dipulangkan sepenuhnya jika pembantu rumah tidak sesuai, selain pertukaran pembantu rumah tanpa had. "Individu itu juga hantar salinan pasport, visa kerja dan dokumen berkaitan yang didakwa membuktikan pembantu rumah berkenaan sah untuk bekerja di Malaysia. Namun saya batalkan hasrat buat bayaran selepas terjumpa hantaran di media sosial mengenai modus operandinya," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Mike Chong Yew Chuan, berkata petanda utama penipuan ialah apabila pelanggan diminta membuat bayaran ke akaun individu, bukannya akaun syarikat yang berdaftar. "Jangan mudah percaya tawaran yang terlalu murah atau janji pulangan wang penuh kerana ia sering digunakan sebagai umpan untuk memperdaya mangsa. "Semak status agensi melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan hanya berurusan dengan agensi pekerjaan yang mempunyai lesen sah sebelum membuat sebarang bayaran," katanya. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →