Jinping bakal bertemu Jong-un buat kali pertama dalam 7 tahun
BEIJING: Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, minggu depan, lapor Saudi Gazette. Katanya, pertemuan itu akan diadakan susulan lawatannya ke Korea Utara, yang juga kali pertama dalam tempoh hampir tujuh tahun, memetik laporan media rasmi kedua-dua negara. China ialah rakan dagang terbesar dan sekutu politik utama Korea Utara yang berdepan sekatan antarabangsa meluas susulan program senjata nuklearnya serta dakwaan pelan
BEIJING: Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, minggu depan, lapor Saudi Gazette. Katanya, pertemuan itu akan diadakan susulan lawatannya ke Korea Utara, yang juga kali pertama dalam tempoh hampir tujuh tahun, memetik laporan media rasmi kedua-dua negara. China ialah rakan dagang terbesar dan sekutu politik utama Korea Utara yang berdepan sekatan antarabangsa meluas susulan program senjata nuklearnya serta dakwaan pelanggaran hak asasi manusia. Lawatan itu berlangsung beberapa minggu selepas Jinping menerima kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden Russia, Vladimir Putin, di Beijing. Jong-un dijangka berusaha mendapatkan lebih banyak perdagangan rentas sempadan darat selain menarik lebih ramai pelancong China bagi mengisi resort pantai dan ski yang baharu dibangunkan di negara itu. China dan Korea Utara berkongsi sempadan sepanjang 1,400 kilometer (km) serta terikat dengan perjanjian pertahanan yang juga satu-satunya perjanjian seumpamanya pernah ditandatangani China dengan mana-mana negara. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-65 perjanjian berkenaan. Menurut kenyataan ringkas yang dikeluarkan kedua-dua negara, Jinping akan melawat Pyongyang selama dua hari, bermula Isnin depan. Lawatan terakhir beliau ke negara itu adalah pada Jun 2019. Pengumuman lawatan itu dibuat sehari selepas Korea Utara memperkenalkan sebuah kemudahan baharu bagi menghasilkan bahan yang digunakan dalam pembuatan bom nuklear. Ketika melawat loji berkenaan, Jong-un mengumumkan rancangan untuk memperkukuh kekuatan nuklear negaranya secara besar-besaran. Pakar berpendapat pendedahan mengenai loji itu menunjukkan Jong-un mahu mengukuhkan status negaranya sebagai negara bersenjata nuklear menjelang lawatan Jinping. Tambahnya, Jong-un mahukan pengiktirafan antarabangsa sebagai sebuah negara nuklear supaya sekatan antarabangsa ke atas negara itu ditarik balik. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →