Polong terus mengganas, catat kutipan RM10 juta di pawagam
KUALA LUMPUR : Di sebalik lambakan pelbagai genre filem di pasaran ketika ini, genre seram tempatan nampaknya masih mempunyai peminat tersendiri. Perkara itu dibuktikan menerusi filem Polong apabila naskhah berkenaan terus mencetuskan fenomena luar biasa di pawagam seluruh negara. Selepas mengejutkan industri dengan kutipan RM5.5 juta dalam tempoh empat hari pertama tayangan, filem arahan Zulkarnain Azhar ini terus memecut laju apabila berjaya melepasi angka RM10 juta setakat
KUALA LUMPUR : Di sebalik lambakan pelbagai genre filem di pasaran ketika ini, genre seram tempatan nampaknya masih mempunyai peminat tersendiri. Perkara itu dibuktikan menerusi filem Polong apabila naskhah berkenaan terus mencetuskan fenomena luar biasa di pawagam seluruh negara. Selepas mengejutkan industri dengan kutipan RM5.5 juta dalam tempoh empat hari pertama tayangan, filem arahan Zulkarnain Azhar ini terus memecut laju apabila berjaya melepasi angka RM10 juta setakat hari ini. Kejayaan ini sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem tempatan paling hangat diperkatakan dan mendapat tempat di hati penonton ketika ini. Rentetan daripada sambutan hangat tersebut, media sosial kini dihujani dengan pelbagai reaksi dan perkongsian pengalaman daripada penonton. Rata-ratanya mengakui terkesan dengan atmosfera seram yang ditampilkan, selain plot penceritaan yang sarat dengan misteri. Mengulas mengenai kekuatannya, Polong mempertaruhkan naratif yang mengangkat kisah legasi ilmu hitam, dosa silam, serta sumpahan yang merentasi generasi. Menariknya, karya ini bukan sekadar menyajikan elemen seram tradisional semata-mata, malah bijak mengadunkan elemen psikologi yang mendalam sehingga berjaya melahirkan identitinya yang tersendiri. Selain daripada kekuatan skrip, kecemerlangan filem ini turut disokong oleh aspek teknikal yang mantap. Maklum balas positif daripada penonton rata-ratanya memuji visual sinematik, reka bentuk bunyi yang mendebarkan, serta barisan pelakon yang memberikan komitmen penuh dalam menghidupkan watak masing-masing. Naskhah terbitan Golden Star Pictures Sdn. Bhd. (GSPSB) ini membariskan pelakon handalan negara seperti Mimi Lana, Jun Lojong, Fad Anuar, Namron, Nadiya Nisaa, dan Amir Nafis. Di samping itu, impak besar filem ini di pasaran dibantu oleh strategi pengedaran yang dipacu oleh 10 Star Cinemas Sdn Bhd, selain kerjasama pemasaran strategik bersama Primeworks Studios dan Astro Shaw. Melihat kepada momentum yang masih utuh serta sokongan padu yang tidak berbelah bahagi daripada rakyat Malaysia, Polong dijangka mampu melakar lebih banyak pencapaian membanggakan dalam minggu-minggu mendatang. Bagi mereka yang masih belum merasai sendiri debaran ini, "Kak Mar" sempat menitipkan pesan agar jangan melepaskan peluang untuk menyaksikan Polong yang kini sedang rancak ditayangkan di pawagam berhampiran. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →