Hakim Danish belum cukup 'panas' di Hungary

📌 Diğer 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Hakim Danish belum cukup 'panas' di Hungary

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli memulakan cabaran Grand Prix (GP) Hungary dengan catatan ke-15 terpantas dalam sesi Latihan Bebas 1 (FP1) di Litar Balaton Park, hari ini. Pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets MSi itu mencatat masa 1 minit 47.980 saat (s), namun masih mempunyai ruang untuk memperbaiki prestasinya menjelang sesi latihan yang lebih penting malam ini. Catatan terpantas FP1 menjadi milik pelumba Sepanyol, David Almansa yang merekodkan masa

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli memulakan cabaran Grand Prix (GP) Hungary dengan catatan ke-15 terpantas dalam sesi Latihan Bebas 1 (FP1) di Litar Balaton Park, hari ini. Pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets MSi itu mencatat masa 1 minit 47.980 saat (s), namun masih mempunyai ruang untuk memperbaiki prestasinya menjelang sesi latihan yang lebih penting malam ini. Catatan terpantas FP1 menjadi milik pelumba Sepanyol, David Almansa yang merekodkan masa 1:46.956s, diikuti dua lagi pelumba Sepanyol, Alvaro Carpe dan David Munoz yang melengkapkan kelompok tiga terbaik sesi berkenaan. Hakim yang menduduki tangga ke-15 ketinggalan 1.024s berbanding catatan terpantas Almansa, sekali gus menunjukkan jurang masa yang masih mampu dirapatkan menjelang sesi seterusnya. Selepas mencuri perhatian musim ini menerusi beberapa keputusan memberangsangkan termasuk penamat podium, Hakim hadir ke Hungary dengan reputasi yang semakin meningkat dalam kalangan pencabar kejuaraan. Sesi Latihan yang dijadual berlangsung jam 7 malam waktu Malaysia bakal menjadi penentu penting buat pelumba negara itu sama ada mampu menempatkan diri dalam kelompok pelumba yang layak terus ke sesi Kelayakan 2 (Q2). Sekiranya gagal menamatkan sesi dalam kelompok yang ditetapkan, Hakim perlu melalui Q1 terlebih dahulu sebelum berpeluang merebut kedudukan terbaik di petak permulaan perlumbaan. © New Straits Times Press (M) Bhd

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön