Data global sahkan produk nikotin alternatif kurangkan kadar merokok
WARSAW: Perdebatan mengenai keberkesanan Produk Nikotin Lebih Selamat (SNP) semakin mendapat perhatian apabila pelbagai data antarabangsa menunjukkan produk alternatif bebas asap berupaya mempercepatkan penurunan kadar merokok. Menurut laporan Global State of Tobacco Harm Reduction (GSTHR) 2026, dianggarkan lebih 200 juta individu di seluruh dunia kini menggunakan produk nikotin alternatif yang dianggap mempunyai risiko lebih rendah berbanding rokok konvensional. Jepun sering
WARSAW: Perdebatan mengenai keberkesanan Produk Nikotin Lebih Selamat (SNP) semakin mendapat perhatian apabila pelbagai data antarabangsa menunjukkan produk alternatif bebas asap berupaya mempercepatkan penurunan kadar merokok. Menurut laporan Global State of Tobacco Harm Reduction (GSTHR) 2026, dianggarkan lebih 200 juta individu di seluruh dunia kini menggunakan produk nikotin alternatif yang dianggap mempunyai risiko lebih rendah berbanding rokok konvensional. Jepun sering dijadikan antara contoh paling ketara apabila jualan rokok tradisional merosot hampir separuh dalam tempoh kurang sedekad selepas pengenalan Produk Tembakau Dipanaskan (HTP) pada 2014. Laporan itu menyatakan kadar penurunan jualan rokok di negara berkenaan antara 2016 hingga 2019 adalah lima kali ganda lebih tinggi berbanding tempoh 2011 hingga 2015. Peralihan kepada produk alternatif turut berlaku di negara Nordik yang mencatatkan perkembangan ketara melalui penggunaan produk tembakau oral tradisional Sweden yang dikenali sebagai snus. Berdasarkan rekod 2024, kadar merokok dalam kalangan belia Sweden berusia antara 16 hingga 29 tahun menurun kepada hanya dua peratus. Norway juga merekodkan penurunan ketara apabila kadar perokok harian dalam kalangan penduduk berusia 16 hingga 74 tahun susut daripada 25 peratus pada 2005 kepada tujuh peratus pada 2023. Di United Kingdom, data 2024 menunjukkan penggunaan vape buat pertama kali mengatasi kadar penggunaan rokok tradisional, sekali gus mencerminkan perubahan corak penggunaan nikotin dalam kalangan masyarakat. Perkembangan sama turut dilihat di New Zealand apabila peningkatan penggunaan vape mempunyai kaitan dengan penurunan ketara kadar merokok di negara itu. "Kementerian Kesihatan menganggap produk vape membawa risiko jauh lebih rendah berbanding rokok, dan tiada bukti ia menjejaskan kemerosotan merokok jangka panjang," menurut petikan dasar negara berkenaan. Perkara itu adalah antara topik utama yang diperdebatkan dalam Global Forum on Nicotine (GFN) berlangsung pada 3 hingga 5 Jun tahun ini di Warsaw. GFN dianjurkan oleh Global Forum on Nicotine Ltd ini dihadiri oleh lebih 90 penceramah antarabangsa berserta pelbagai pemegang taruh termasuk pengguna, pakar kesihatan awam, penganalisis dasar, ahli parlimen, pegawai kerajaan, ahli akademik, pengeluar produk, pengedar, dan juga wakil media. Tujuannya adalah untuk memfokuskan kepada peranan produk nikotin yang lebih selamat dalam membantu individu beralih daripada tabiat merokok dan penggunaan tembakau berisiko, di samping menyediakan platform untuk perdebatan kesihatan awam global bagi mempercepatkan penamatan penyakit serta kematian akibat merokok. Menurut laporan itu, beberapa kerajaan yang menjadi perintis dalam pendekatan pengurangan kemudaratan melihat SNP sebagai antara komponen penting untuk mencapai sasaran masyarakat bebas asap rokok. Secara keseluruhannya, data daripada pelbagai negara menunjukkan bahawa peralihan daripada rokok pembakaran kepada produk alternatif berisiko lebih rendah mampu mempercepatkan penurunan kadar merokok pada skala populasi. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →