Penganggur samseng didenda RM2,000
AYER KEROH: Padah menumbuk seorang pemandu selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya, seorang penganggur didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan mangsa dua tahun lalu. Hukuman itu dijatuhkan Majistret Uthman Abd Ghani terhadap tertuduh, S Nandah Kumar Naidu, 47, sebaik dia membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa denga
AYER KEROH: Padah menumbuk seorang pemandu selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya, seorang penganggur didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan mangsa dua tahun lalu. Hukuman itu dijatuhkan Majistret Uthman Abd Ghani terhadap tertuduh, S Nandah Kumar Naidu, 47, sebaik dia membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 26 tahun dalam kejadian di Jalan Mahindasa, Bukit Serindit, dalam Daerah Melaka Tengah kira-kira jam 2.20 petang pada 23 November 2024. Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Berdasarkan fakta kes, mangsa ketika itu berada di dalam sebuah Perodua Axia yang berhenti di tepi jalan berhampiran persimpangan Jalan Mahindasa sebelum kenderaan berkenaan dirempuh sebuah Proton Iswara yang dipandu tertuduh. Mangsa kemudian keluar dari keretanya untuk memeriksa keadaan sebelum tertuduh bertindak memukul kepala mangsa menggunakan tangan. Kejadian itu turut dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) milik mangsa. Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Melaka dan disahkan mengalami kecederaan di bahagian kiri kepala serta rusuk kiri akibat dipukul. Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia tidak bekerja selain masih mempunyai empat tanggungan. Sementara itu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Zaidah Muhamad Zailani memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran supaya tertuduh tidak mengulangi perbuatan sama dan sentiasa mematuhi undang-undang. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 dan sekiranya gagal membayar denda itu, tertuduh boleh dipenjarakan selama empat bulan. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →