De Souza di landasan terbaik pertahan Kasut Emas MPFL

📌 Diğer 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
De Souza di landasan terbaik pertahan Kasut Emas MPFL

KUANTAN: Dengan 11 gol dihasilkan selepas empat perlawanan, pemain import Pahang Rangers, Felipe de Souza kini berada pada kedudukan terbaik untuk sekali lagi meraih anugerah penjaring terbanyak Liga Futsal Perdana Kebangsaan Malaysia (MPFL) musim ini. Untuk rekod, pada musim 2024 pemain import kelahiran Brazil itu menerima anugerah Kasut Emas selepas menghasilkan 24 gol di peringkat liga Divisyen 1 dan menambah empat jaringan lagi pada saingan Piala Malaysia Futsal. Penyudah

KUANTAN: Dengan 11 gol dihasilkan selepas empat perlawanan, pemain import Pahang Rangers, Felipe de Souza kini berada pada kedudukan terbaik untuk sekali lagi meraih anugerah penjaring terbanyak Liga Futsal Perdana Kebangsaan Malaysia (MPFL) musim ini. Untuk rekod, pada musim 2024 pemain import kelahiran Brazil itu menerima anugerah Kasut Emas selepas menghasilkan 24 gol di peringkat liga Divisyen 1 dan menambah empat jaringan lagi pada saingan Piala Malaysia Futsal. Penyudah tepat dibantu kawalan bola yang baik menjadi kelebihan buat pemain berkenaan dapat menghasilkan jaringan pada setiap perlawanan dilalui skuad Pahang Rangers yang kini berada di tangga kedua liga dibelakang pasukan Selangor FC. Menurut De Souza, misi digalas pada setiap perlawanan musim ini ialah memburu kemenangan untuk Pahang Rangers berada pada kedudukan terbaik dan pada masa yang sama dia dapat menyumbangkan seberapa banyak jaringan. Katanya, kejayaan menghasilkan jaringan pada setiap perlawanan bukan usahanya seorang, sebaliknya sokongan dan kerjasama rakan sepasukan yang turut sama berusaha untuk memastikan pasukan mencatat kemenangan. "Selepas melalui empat perlawanan di dua sirkit di Johor sebelum ini, saya berjaya menyumbang 11 gol berkongsi kedudukan dengan pemain import Selangor, Marlon Oliveira Araujo. Usaha menambah koleksi jaringan musim ini akan dilakukan pada sirkit ketiga di Selangor, minggu depan. "Saya berharap penyudah yang tepat dan berkesan terus dapat dilakukan, bantuan rakan sepasukan diharap terus berlaku pada setiap perlawanan dilalui," katanya, di sini semalam. Beliau berkata, musim ini tidak banyak perlawanan yang perlu diharungi, pada setiap sirkit Pahang Rangers perlu berhadapan dengan dua perlawanan sahaja. Kemenangan perlu dicatat bagi memastikan peluang menjulang piala liga menjadi kenyataan. De Souza berkata, Pahang Rangers kini mengumpul 35 jaringan selepas empat perlawanan dengan mencatat tiga kemenangan dan satu seri. Rentak kemenangan diharap dapat dilakukan pada sirkit ketiga di Selangor pada 13 dan 14 Jun berhadapan USM FC dan Kuala Lumpur City. Seorang lagi pemain import Tok Gajah, Rodrigo da Silva kini berada di kedudukan kedua senarai penjaring terbanyak dengan lapan gol diikuti Ahmad Harith Na'im Mohd Nasir dengan empat gol. © New Straits Times Press (M) Bhd

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön