Hubungan Kerajaan Perpaduan tak terkesan meskipun BN, PH bergerak solo pada PRN - Fahmi
PUTRAJAYA: Hubungan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan tidak terjejas susulan keputusan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pagi tadi juga berjalan lancar seperti biasa. "Tidak ada kesan terhadap Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan dan mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi
PUTRAJAYA: Hubungan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan tidak terjejas susulan keputusan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pagi tadi juga berjalan lancar seperti biasa. "Tidak ada kesan terhadap Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan dan mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi berjalan lancar seperti biasa dalam suasana mahabbah serta saling menghormati. "Hubungan erat dalam kalangan pimpinan (kerajaan) Persekutuan juga tidak terjejas," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Media sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan berkuat kuasa 1 Jun lalu, selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail. Hari ini, DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi turut dibubarkan secara rasmi bagi membolehkan PRN diadakan. Sementara itu, mengulas pandangan pihak tertentu yang mempersoalkan kewajaran mengadakan PRN ketika negara berdepan cabaran ekonomi susulan konflik serantau, Fahmi berkata, proses itu akan diteruskan mengikut saluran sewajarnya. Katanya, seperti yang berlaku di Johor dan Negeri Sembilan, permohonan kerajaan negeri masing-masing sudah mendapat perkenan daripada raja. "Permohonan kerajaan masing-masing sudah diperkenankan raja berdaulat iaitu Pemangku Sultan Johor (Tunku Mahkota Ismail) dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan (Tuanku Muhriz Tuanku Munawir). "Maka proses itu akan diteruskan mengikut saluran sewajarnya," katanya. Mengulas dakwaan PAS dan UMNO mengadakan pertemuan semalam, Fahmi berkata, perkara itu tidak dibincangkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini. Pada masa sama, beliau berkata, status penganjuran Kongres Tahunan PKR akan diputuskan pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu di Johor, esok. "Pada waktu ini, keputusan masih belum dibuat dan ia akan dibincangkan esok," katanya. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →