WHO dikritik tolak langkah pengurangan kemudaratan tembakau

📰 Gündem 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
WHO dikritik tolak langkah pengurangan kemudaratan tembakau

WARSAW: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) didakwa secara terbuka menyokong pendekatan pengurangan kemudaratan dalam pelbagai bidang kesihatan awam, termasuk pencegahan HIV dan pengurusan risiko berkaitan penggunaan dadah. Namun, badan antarabangsa itu terus menolak pendekatan sama apabila melibatkan isu penggunaan tembakau dan nikotin. Menurut laporan Global State of Tobacco Harm Reduction (GSTHR) 2026, pendirian itu dilihat bercanggah memandangkan konsep pengurangan kemudar

WARSAW: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) didakwa secara terbuka menyokong pendekatan pengurangan kemudaratan dalam pelbagai bidang kesihatan awam, termasuk pencegahan HIV dan pengurusan risiko berkaitan penggunaan dadah. Namun, badan antarabangsa itu terus menolak pendekatan sama apabila melibatkan isu penggunaan tembakau dan nikotin. Menurut laporan Global State of Tobacco Harm Reduction (GSTHR) 2026, pendirian itu dilihat bercanggah memandangkan konsep pengurangan kemudaratan turut digariskan dalam Rangka Kerja Konvensyen Kawalan Tembakau (FCTC). Laporan itu menyatakan WHO juga secara aktif menggalakkan larangan atau sekatan yang ketat terhadap Produk Nikotin Lebih Selamat (SNP) di pelbagai negara. Kesan daripada dasar itu semakin ketara apabila sehingga Mac 2026 kira-kira satu pertiga daripada populasi global tinggal di negara yang mengharamkan semua jenis SNP dan pada masa sama, rokok pembakaran konvensional yang terbukti membawa risiko kesihatan serius masih boleh dijual secara sah di seluruh dunia. "Jika produk lebih selamat terus diharamkan atau disekat dengan teruk, syarikat tembakau akan berhenti mengeluarkannya, sambil terus meraih keuntungan besar daripada rokok," tegas laporan GSTHR berkenaan. Perkara itu adalah antara topik utama yang diperdebatkan dalam Global Forum on Nicotine (GFN) berlangsung pada 3 hingga 5 Jun tahun ini di Warsaw. GFN dianjurkan oleh Global Forum on Nicotine Ltd ini dihadiri oleh lebih 90 penceramah antarabangsa berserta pelbagai pemegang taruh termasuk pengguna, pakar kesihatan awam, penganalisis dasar, ahli parlimen, pegawai kerajaan, ahli akademik, pengeluar produk, pengedar, dan juga wakil media. Tujuannya adalah untuk memfokuskan kepada peranan produk nikotin yang lebih selamat dalam membantu individu beralih daripada tabiat merokok dan penggunaan tembakau berisiko, di samping menyediakan platform untuk perdebatan kesihatan awam global bagi mempercepatkan penamatan penyakit serta kematian akibat merokok. Menurut laporan itu, keengganan untuk menerima pendekatan pengurangan kemudaratan dalam kawalan tembakau sebahagian besarnya berpunca daripada sejarah panjang syarikat tembakau multinasional yang pernah didakwa mengelirukan masyarakat mengenai risiko kesihatan produk mereka. Bagaimanapun, laporan itu menyatakan pelbagai kajian yang dijalankan oleh badan profesional dan perubatan bebas secara konsisten menunjukkan potensi produk alternatif dalam membantu mengurangkan risiko kesihatan berkaitan merokok. Laporan berkenaan turut menegaskan bahawa prinsip asas kesihatan awam yang sering diperjuangkan WHO adalah untuk memperkasakan individu supaya mempunyai kawalan lebih besar terhadap kesihatan mereka sendiri. Selain itu, hak untuk menikmati tahap kesihatan terbaik turut diiktiraf sebagai hak sejagat, justeru satu bilion perokok di seluruh dunia berhak mendapat akses kepada pilihan yang boleh membantu mengurangkan risiko kesihatan mereka. GSTHR juga menegaskan bahawa FCTC menggariskan keperluan supaya langkah kawalan tembakau sentiasa bersifat dinamik serta berpandukan perkembangan bukti saintifik dan teknikal yang terkini. © New Straits Times Press (M) Bhd

#war

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön