SKP terbit standard kawal selia BNPL, lima lagi aktiviti kredit pengguna
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) hari ini menerbitkan Standard Pelesenan dan Pendaftaran serta Standard Pelakuan bagi menetapkan keperluan pelesenan, pendaftaran serta tanggungjawab pelakuan dalam pelaksanaan Akta Kredit Pengguna (AKP) 2025. Kedua-dua standard itu terpakai kepada enam aktiviti perniagaan utama di bawah Fasa 1 pelaksanaan AKP, menetapkan keperluan yang jelas dan tersusun bagi memperkukuh amalan beretika dalam kalangan penyedia kredit bukan bank
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) hari ini menerbitkan Standard Pelesenan dan Pendaftaran serta Standard Pelakuan bagi menetapkan keperluan pelesenan, pendaftaran serta tanggungjawab pelakuan dalam pelaksanaan Akta Kredit Pengguna (AKP) 2025. Kedua-dua standard itu terpakai kepada enam aktiviti perniagaan utama di bawah Fasa 1 pelaksanaan AKP, menetapkan keperluan yang jelas dan tersusun bagi memperkukuh amalan beretika dalam kalangan penyedia kredit bukan bank dan penyedia perkhidmatan kredit. Standard Pelesenan dan Pendaftaran memperincikan keperluan serta proses pelesenan dan pendaftaran entiti yang dikawal selia, manakala Standard Pelakuan menetapkan set peraturan bagi memastikan amalan yang adil, bertanggungjawab dan profesional dalam industri kredit pengguna. Di bawah Fasa 1 pelaksanaan Akta Kredit Pengguna 2025, enam aktiviti perniagaan akan berada di bawah kawal selia SKP, iaitu skim 'beli sekarang bayar kemudian' (BNPL), pemfaktoran, pajakan, kutipan hutang, pemerolehan pinjaman atau pembiayaan terjejas serta kaunseling dan pengurusan hutang. Aktiviti perniagaan berkenaan selama ini beroperasi tanpa pengawal seliaan khusus oleh mana-mana pihak berkuasa. Pengerusi Eksekutif SKP, Abu Hassan Alshari Yahaya, berkata penerbitan Standard Pelesenan dan Pendaftaran serta Standard Pelakuan adalah asas penting dalam pelaksanaan Akta Kredit Pengguna 2025, dengan menetapkan keperluan yang jelas dari segi kelayakan untuk beroperasi serta amalan pelakuan. "Sebagai pihak berkuasa berwibawa, SKP komited memastikan amalan industri selaras dengan mandat untuk melindungi kepentingan pengguna, di samping menyokong pembangunan industri yang mampan," katanya dalam satu kenyataan. Penerbitan kedua-dua standard itu adalah susulan kepada sesi taklimat industri SKP pada 18 dan 19 Mei 2026, yang dihadiri oleh lebih 400 penggiat industri. Sesi itu mendapat maklum balas yang menggalakkan di mana peserta turut menghargai sokongan SKP dalam membantu persediaan ke arah pematuhan serta pembangunan industri kredit pengguna yang lebih bertanggungjawab. Bagi memastikan kesiapsiagaan industri, SKP akan meneruskan usaha libat urus melalui penganjuran sesi taklimat industri di peringkat wilayah atau negeri sebagai usaha memantau tahap persediaan menjelang pelaksanaan keperluan pelesenan dan pendaftaran yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Sesi itu juga memberi peluang kepada pihak yang tidak dapat menghadiri sesi terdahulu untuk turut serta dengan membuat pendaftaran melalui laman web rasmi SKP di www.skp.gov.my. Peserta industri diberi tempoh peralihan selama enam bulan bermula 1 Jun 2026 untuk melaksanakan pematuhan terhadap Standard Pelesenan dan Pendaftaran serta Standard Pelakuan. Selepas tempoh berkenaan, mana-mana pihak yang terus beroperasi tanpa lesen atau tidak berdaftar dianggap sebagai suatu pelanggaran undang-undang. Kedua-dua standard itu kini boleh diakses melalui laman web rasmi SKP di www.skp.gov.my. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →