Pinjam RM1,000, hanya dapat RM700 tapi dipaksa bayar RM16,800

📌 Diğer 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Pinjam RM1,000, hanya dapat RM700 tapi dipaksa bayar RM16,800

KUALA LUMPUR: Pinjaman RM1,000, tetapi hanya menerima RM700 dan kemudian dipaksa membayar RM16,800. Itu nasib menimpa seorang penuntut universiti yang membuat pinjaman dalam talian untuk dilaburkan dalam satu pelaburan, namun akhirnya menerima ugutan demi ugutan. Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Yap, 19, berkata dia memohon pinjaman RM1,000 melalui platform Instagram, namun hanya menerima RM700 atas alasan pelbagai potongan, itu pun dibayar kepadanya secara ansuran. S

KUALA LUMPUR: Pinjaman RM1,000, tetapi hanya menerima RM700 dan kemudian dipaksa membayar RM16,800. Itu nasib menimpa seorang penuntut universiti yang membuat pinjaman dalam talian untuk dilaburkan dalam satu pelaburan, namun akhirnya menerima ugutan demi ugutan. Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Yap, 19, berkata dia memohon pinjaman RM1,000 melalui platform Instagram, namun hanya menerima RM700 atas alasan pelbagai potongan, itu pun dibayar kepadanya secara ansuran. Sebaik melangsaikan pinjaman berkenaan dalam beberapa minggu kemudian, dia mendakwa, dikenakan pula caj penyelesaian mencecah RM8,000 oleh wakil syarikat pemberi pinjaman terbabit. "Saya segera buat laporan di Balai Polis Setapak, tetapi ketika itu perasan seperti saya diekori. Selepas mereka tahu saya buat laporan polis, mereka menuntut pula RM16,800, kononnya sebagai pampasan atas kerugian komersial. "Kemudian, keluarga terima ugutan dalam bentuk gambar disunting dengan kesan darah dan perkataan scammer alert , selain ancaman simbah cat dan bakar rumah," katanya pada sidang media diatur Timbalan Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Mike Chong Yew Chuan, di sini hari ini. Yap mendakwa turut diperas ugut RM3,000 oleh seorang lelaki bagi mengelak rumahnya disimbah cat dan selepas berbincang dengan pihak pemberi pinjaman, mereka diminta membayar RM12,000. Sementara itu, Chong menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat pinjaman dengan agensi tidak berdaftar bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. Ketua Biro Undang-Undang MCA Wilayah Persekutuan, Victor Teoh Woi Loong, berkata kes membabitkan Yap adalah mangsa pinjaman ceti haram dan penipuan secara serentak. "Kami memandang serius kes ini dan menasihatkan ibu bapa agar mengingatkan anak-anak supaya tidak membuat pinjaman secara dalam talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan," katanya. © New Straits Times Press (M) Bhd

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön