'Dicalon semula atau tidak, saya terima dengan hati terbuka' - Pandak Ahmad
ISKANDAR PUTERI: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad menyatakan beliau menerima dengan hati terbuka sebarang keputusan kepemimpinan parti berhubung penentuan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16. Katanya, sebagai ahli parti, beliau sentiasa akur dengan apa jua keputusan dan akan terus memberikan sokongan penuh kepada calon dipilih. "Saya menerima apa sahaja keputusan oleh presiden parti (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
ISKANDAR PUTERI: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad menyatakan beliau menerima dengan hati terbuka sebarang keputusan kepemimpinan parti berhubung penentuan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16. Katanya, sebagai ahli parti, beliau sentiasa akur dengan apa jua keputusan dan akan terus memberikan sokongan penuh kepada calon dipilih. "Saya menerima apa sahaja keputusan oleh presiden parti (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor (Datuk Onn Hafiz Ghazi). "Sesiapa sahaja yang dicalonkan, kita perlu beri sokongan penuh kerana yang penting Barisan Nasional (BN) menang," katanya. Beliau diminta mengulas penularan senarai palsu calon BN di media sosial yang didakwa mengandungi nama-nama calon PRN akan datang. Senarai yang tidak menamakan Pandak bagaimanapun dinafikan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN dan Onn Hafiz yang juga Pengerusi BN negeri. Pandak berkata, keputusan mengenai calon tidak wajar dilihat sebagai satu kekecewaan peribadi, sebaliknya sebahagian daripada proses perjuangan parti. Katanya, sama ada dicalonkan semula atau tidak, beliau tetap akan meneruskan perjuangan politik bersama parti. "Kalau saya dicalonkan semula, Alhamdulillah saya akan teruskan perjuangan yang belum selesai. Kalau tidak dicalonkan pun, kita akan tetap menyokong penuh calon-calon yang diputuskan oleh parti. "Bagi saya ini bukan soal kecewa atau tidak terpilih. Yang penting kita teruskan perjuangan parti untuk membela rakyat," katanya lagi. Terdahulu, tular senarai nama didakwa calon BN yang akan bertanding di 56 kerusi DUN, termasuk nama Onn Hafiz yang juga penyandang kerusi DUN Machap. Onn Hafiz yang mengesahkan perkara itu berkata, sebarang pengumuman rasmi berkaitan calon BN hanya akan dibuat menerusi saluran rasmi parti. DUN Johor dibubarkan berkuat kuasa 1 Jun lalu bagi memberi laluan kepada PRN, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh sehingga 60 hari untuk mengadakan PRN. Pada PRN Johor ke-15 yang berlangsung pada Mac 2022, BN membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan. Pakatan Harapan (PH) pula memenangi 12 kerusi dengan DAP memperoleh 10 kerusi, manakala PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi. Perikatan Nasional (PN) memenangi tiga kerusi, sementara Muda memperoleh satu kerusi. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →