Tiga beranak antara 196 individu ditahan kerana menagih dadah
DUNGUN: Tiga beranak yang bapa mereka warga emas berkerusi roda adalah antara 196 individu yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam Operasi Perdana sejak 3 Jun lalu. Mereka ditahan selepas ujian saringan mendapati masing-masing positif pelbagai jenis dadah dan pil khayal. Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Mahadzir Elias berkata, semua 196 individu termasuk tiga wanita berusia 19 hingga 66 tahun itu ditahan dalam operasi di daerah, Dungun, Hu
DUNGUN: Tiga beranak yang bapa mereka warga emas berkerusi roda adalah antara 196 individu yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam Operasi Perdana sejak 3 Jun lalu. Mereka ditahan selepas ujian saringan mendapati masing-masing positif pelbagai jenis dadah dan pil khayal. Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Mahadzir Elias berkata, semua 196 individu termasuk tiga wanita berusia 19 hingga 66 tahun itu ditahan dalam operasi di daerah, Dungun, Hulu Terengganu, Besut dan Kuala Terengganu. Menurutnya, hasil saringan air kencing yang dilakukan ke atas mereka yang ditahan itu mendapati 159 individu positif dadah jenis metamfetamin (syabu), ketum (34), ganja (dua) dan heroin (satu). "Dalam operasi di Besut semalam, kita menahan seorang warga emas berusia 66 tahun bersama dua anak lelakinya yang berusia 39 dan 30 tahun dan kesemua mereka positif metamfetamin. "Warga emas yang berkerusi roda itu mengalami penyakit saraf dan terpaksa memakai lampin pakai buang kerana tidak mampu menguruskan diri sendiri," katanya. Mahadzir berkata, warga emas terbabit yang mempunyai 13 anak mendakwa terjebak dengan dadah sejak 36 tahun lalu. Ahli keluarganya tahu ayah mereka seorang penagih," katanya pada sidang media selepas mengetuai Ops Perdana AADK Terengganu di Dungun, hari ini. Mahadzir berkata, dalam operasi yang dilaksanakan di daerah Dungun semalam, seramai 76 orang ditahan. "Dalam operasi itu, seorang lelaki berusia 34 tahun yang berada di bawah pengaruh dadah bertindak agresif dengan mengacukan pisau kepada lima anggota AADK yang cuba menahannya di sebuah rumah. "Lelaki itu berjaya dikawal sebelum ditahan tanpa sebarang kecederaan pada anggota dan lelaki terbabit. "Seorang nenek berusia 57 tahun yang mempunyai tujuh cucu dan terjebak dengan dadah sejak 24 tahun turut ditahan selepas dia positif dadah metamfetamin. Mahadzir berkata, AADK juga menyerbu sarang penagihan yang dikenali sebagai 'port pekat bayu' dan menahan 35 individu di situ. "Port pekat bayu ini dijadikan tempat transit utama bagi aktiviti jual beli dadah dan aktif antara pukul 7 pagi hingga 2 petang serta 5 petang hingga 8 malam," katanya. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →