Tukar individu sahaja tidak boleh pulihkan FAM
KUALA LUMPUR: Pendedahan audit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) terhadap kelemahan sistemik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu dilihat sebagai cermin untuk melakukan penambahbaikan dan bukan untuk mencari kesalahan semata-mata. Pemerhati bola sepak tempatan, Ahmad Muzakkir Hamid menegaskan menukar individu sahaja tidak cukup untuk 'memulihkan' badan induk itu sekiranya budaya kerja dan sistem membuat keputusan tidak berubah. Justeru, Muzakkir yang juga bekas Ketua Pegaw
KUALA LUMPUR: Pendedahan audit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) terhadap kelemahan sistemik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu dilihat sebagai cermin untuk melakukan penambahbaikan dan bukan untuk mencari kesalahan semata-mata. Pemerhati bola sepak tempatan, Ahmad Muzakkir Hamid menegaskan menukar individu sahaja tidak cukup untuk 'memulihkan' badan induk itu sekiranya budaya kerja dan sistem membuat keputusan tidak berubah. Justeru, Muzakkir yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan FC mengharapkan keputusan strategik dibuat berdasarkan tadbir urus yang baik, data, polisi yang jelas serta pandangan profesional yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. "Apa yang AFC dedahkan bukan sekadar kelemahan individu, tetapi kelemahan sistem. Sebab itu penyelesaiannya bukan hanya menukar orang tetapi membina budaya tadbir urus yang lebih baik. "Jika tidak, kita hanya akan mengulangi masalah yang sama dengan watak yang berbeza. Bola sepak moden memerlukan institusi yang kuat, bukannya bergantung kepada individu semata-mata. "Jika reformasi yang dicadangkan dilaksanakan dengan serius, saya yakin perubahan boleh berlaku, cuma ia memerlukan komitmen daripada seluruh kepimpinan dan bukan hanya seorang Presiden sahaja," kata Muzakkir. Terdahulu, laporan audit menyeluruh yang dijalankan AFC mendedahkan FAM berdepan 'sakit kronik' membabitkan pelbagai kelemahan sistemik membabitkan tadbir urus, akauntabiliti dan pengurusan organisasi. Menerusi audit yang dibentangkan oleh Timbalan Setiausaha Agung AFC, Vahid Kardany, kelemahan sistemik itu menyaksikan FAM tidak dapat berfungsi dengan efisien sekali gus menjejaskan keseluruhan prestasi dalam setiap jabatan badan induk itu. Susulan itu, prestasi setiap jabatan dalam FAM merekodkan kadar yang kurang memuaskan sekali gus menyebabkan langkah penyelesaian segera perlu diambil untuk 'memperbaiki' FAM dari segenap segi. Mengulas lanjut mengenai kongres yang dijangka berlangsung September ini, Muzakkir menjelaskan pemilihan tidak seharusnya hanya berdasarkan sama ada seseorang itu muka lama atau muka baharu. "Apa yang lebih penting ialah rekod prestasi, idea, kemampuan melaksanakan perubahan dan kesediaan menerima akauntabiliti. "Jika ada muka lama yang masih mampu menyumbang secara positif, mereka juga perlu diberi ruang. Pada masa sama, muka baharu yang berkualiti perlu diberikan peluang," katanya. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →