15,000 bekas tentera sukar dapat kerja
KUALA LUMPUR: Kira-kira 15,000 daripada 60,000 bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara pada usia sekitar 40 tahun, dilaporkan masih berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan tetap selepas menamatkan perkhidmatan. Bendahari Persatuan Veteran ATM (PVATM), Mejar (B) Abu Kassim Jadi, berkata keadaan itu menjejaskan pendapatan tetap yang sebelum ini dinikmati ketika berkhidmat, terutama bagi menampung kos persekolahan dan keperluan keluarga. Beliau berkata, cabar
KUALA LUMPUR: Kira-kira 15,000 daripada 60,000 bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara pada usia sekitar 40 tahun, dilaporkan masih berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan tetap selepas menamatkan perkhidmatan. Bendahari Persatuan Veteran ATM (PVATM), Mejar (B) Abu Kassim Jadi, berkata keadaan itu menjejaskan pendapatan tetap yang sebelum ini dinikmati ketika berkhidmat, terutama bagi menampung kos persekolahan dan keperluan keluarga. Beliau berkata, cabaran mendapatkan pekerjaan selepas bersara masih menjadi antara isu utama dalam kalangan veteran ATM yang terpaksa bersaing dengan golongan muda yang dianggap lebih memenuhi kehendak pasaran pekerjaan semasa. "Ramai pesara ATM menamatkan perkhidmatan pada usia yang masih produktif, namun berdepan kesukaran mencari pekerjaan tetap. "Selain persaingan dengan generasi muda, mereka juga perlu menyesuaikan diri dengan perubahan gaya hidup sebagai orang awam selepas 10 hingga 20 tahun berkhidmat dalam persekitaran ketenteraan yang berdisiplin," katanya kepada BH ketika dihubungi, di sini hari ini. Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) menjalin bekerjasama menawarkan 3,208 peluang pekerjaan kepada bakal pesara dan veteran ATM. Mengulas lanjut, Abu Kassim berkata, peluang pekerjaan yang diwujudkan menerusi kerjasama itu membantu veteran tentera membina kerjaya kedua selepas bersara walaupun jumlah ditawarkan masih belum mencukupi untuk memenuhi keseluruhan permintaan. Katanya, pesara ATM mempunyai kelebihan dari segi disiplin, komitmen dan pengalaman yang boleh dimanfaatkan oleh industri, khususnya dalam sektor pengangkutan, logistik, pelabuhan, rel, pengangkutan awam dan rantaian bekalan. "Saya percaya pesara tentera mampu memikul tanggungjawab dengan lebih komited berbanding sebahagian tenaga kerja muda kerana mereka sudah dibentuk dengan budaya kerja berdisiplin sepanjang perkhidmatan dalam ATM. "Dalam keadaan ekonomi semasa, golongan pesara tidak boleh hanya bergantung kepada bantuan kewangan atau subsidi kerajaan, sebaliknya perlu diberikan peluang untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara melalui pengalaman dan kemahiran yang dimiliki," katanya. Abu Kassim berkata, kerajaan juga perlu terus memperkukuh agenda kebajikan veteran ATM bagi memastikan golongan itu dapat meneruskan kehidupan dengan lebih terjamin dalam jangka panjang. "Veteran ATM telah mengorbankan sebahagian besar usia mereka untuk mempertahankan negara. Sudah tiba masanya pengorbanan itu terus dihargai melalui dasar dan inisiatif yang membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup selepas bersara," katanya. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →