Hakim Danish belum temui rentak di Hungary

📌 Diğer 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Hakim Danish belum temui rentak di Hungary

KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli masih mempunyai ruang untuk memperbaiki prestasinya selepas menamatkan sesi Latihan Moto3 di Grand Prix (GP) Hungary di kedudukan ke-17, sekali gus perlu mengharungi sesi kelayakan pertama (Q1) bagi memburu tempat ke Q2 esok. Pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets MSI itu mencatat masa 1 minit 47.35 saat (s), ketinggalan 1.055s berbanding catatan terpantas sesi yang dilakukan pelumba Sepanyol, Maximo Quiles dari pasukan CF

KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli masih mempunyai ruang untuk memperbaiki prestasinya selepas menamatkan sesi Latihan Moto3 di Grand Prix (GP) Hungary di kedudukan ke-17, sekali gus perlu mengharungi sesi kelayakan pertama (Q1) bagi memburu tempat ke Q2 esok. Pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets MSI itu mencatat masa 1 minit 47.35 saat (s), ketinggalan 1.055s berbanding catatan terpantas sesi yang dilakukan pelumba Sepanyol, Maximo Quiles dari pasukan CFMOTO Gaviota Aspar Team. Quiles muncul pelumba terpantas selepas mencatat masa 1:46.290s, manakala pelumba Indonesia dari Honda Team Asia, Vega Eda Pratama berada di tempat kedua dengan catatan 1:46.651s. Sementara itu, seorang lagi pelumba Sepanyol, David Almansa daripada Liqui Moly Dynavolt Intact GP melengkapkan kelompok tiga terbaik menerusi catatan 1:46.683s. Kini fokus sepenuhnya terarah kepada sesi Q1 esok yang akan menjadi medan penting buat Hakim Danish untuk memperbaiki kedudukan dan memburu slot ke Q2. Sekiranya berjaya menemui rentak terbaik serta melakukan penambahbaikan terhadap tetapan jentera, tidak mustahil Hakim mampu mencipta kebangkitan dan meletakkan dirinya dalam kedudukan lebih baik menjelang perlumbaan utama Ahad ini. © New Straits Times Press (M) Bhd

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön