Kazakhstan, Lembaga Keamanan bincang bantuan untuk Gaza
ASTANA: Kazakhstan dan Lembaga Keamanan memperkukuh komitmen dan kerjasama dalam usaha kemanusiaan di Gaza serta pembangunan projek kesalinghubungan serantau, menurut laporan media Kazakhstan, The Astana Times. Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev, mengadakan pertemuan dengan wakil Lembaga Keamanan, Aryeh Lightstone. Mereka membincangkan usaha memperkukuh kestabilan Semenanjung Gaza, termasuk pemulihan infrastruktur sosial, peluasan akses pendidikan penjagaan kesihatan
ASTANA: Kazakhstan dan Lembaga Keamanan memperkukuh komitmen dan kerjasama dalam usaha kemanusiaan di Gaza serta pembangunan projek kesalinghubungan serantau, menurut laporan media Kazakhstan, The Astana Times. Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev, mengadakan pertemuan dengan wakil Lembaga Keamanan, Aryeh Lightstone. Mereka membincangkan usaha memperkukuh kestabilan Semenanjung Gaza, termasuk pemulihan infrastruktur sosial, peluasan akses pendidikan penjagaan kesihatan serta keselamatan makanan. Tokayev berkata, Kazakhstan sebagai satu daripada pengasas Lembaga Keamanan yakin institusi itu mampu menyumbang secara berkesan kepada pengukuhan keamanan dan keselamatan global. Sebagai antara pengeluar gandum utama dunia, Kazakhstan menyatakan kesediaan menyalurkan bantuan kemanusiaan bagi menyokong keselamatan makanan di Gaza dan kawasan sekitarnya. Negara itu juga merancang menyediakan lebih 500 biasiswa kepada pelajar Palestin untuk melanjutkan pengajian di universiti Kazakhstan dalam tempoh lima tahun akan datang. Selain isu Gaza, kedua-dua pihak turut membincangkan prospek kerjasama dalam bidang pengangkutan dan logistik, termasuk Inisiatif TRIPP (Trump Route for International Peace and Prosperity) serta pembangunan Koridor Tengah. Ia sejajar usaha Kazakhstan memperkukuh kesalinghubungan antara rantau dan mempelbagaikan laluan perdagangan antarabangsa. Lightstone memuji peranan aktif Kazakhstan dalam Lembaga Keamanan dan pelbagai inisiatif antarabangsa lain, termasuk keputusan negara itu menyertai Perjanjian Abraham. Kedua-dua pihak turut menegaskan kesediaan untuk memperdalam kerjasama dalam pelbagai isu dua hala pada masa depan. - AGENSI © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →