Sze Fei-Izzuddin mara ke separuh akhir Terbuka Indonesia
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani muncul satu-satunya wakil Malaysia yang berjaya melangkah ke separuh akhir Terbuka Indonesia selepas mencatat kemenangan ke atas pasangan India, Hariharan Amsakarunan-M R Arjun di Istora Senayan, Jakarta, hari ini. Pasangan ranking kelapan dunia itu hanya mengambil masa 32 minit untuk menundukkan lawan mereka 21-12, 21-10 dalam aksi yang menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin menguasai permainan dari a
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani muncul satu-satunya wakil Malaysia yang berjaya melangkah ke separuh akhir Terbuka Indonesia selepas mencatat kemenangan ke atas pasangan India, Hariharan Amsakarunan-M R Arjun di Istora Senayan, Jakarta, hari ini. Pasangan ranking kelapan dunia itu hanya mengambil masa 32 minit untuk menundukkan lawan mereka 21-12, 21-10 dalam aksi yang menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin menguasai permainan dari awal hingga akhir. Kejayaan itu sekali gus meneruskan rentak cemerlang pasangan profesional negara yang semakin menyerlah dalam beberapa kejohanan terakhir selepas muncul naib juara Masters Malaysia bulan lalu serta mara ke suku akhir Terbuka Singapura. Kemenangan itu juga menjadikan Sze Fei-Nur Izzuddin sebagai harapan terakhir Malaysia dalam kejohanan bertaraf Super 1000 berkenaan selepas semua wakil negara yang lain tersingkir lebih awal. Menanti mereka di separuh akhir ialah sama ada pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae selaku pilihan utama kejohanan atau gandingan Taiwan, Lee Fang-Chih-Lee Fang-Jen. © New Straits Times Press (M) Bhd
📌 Kaynak
Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.
Orijinal haberi oku →