Sasaran 650,000 pelajar TVET menjelang akhir tahun ini

📌 Diğer 📰 Berita Harian (MY) 🕐 az önce
Sasaran 650,000 pelajar TVET menjelang akhir tahun ini

PUTRAJAYA: Kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya 650,000 pelajar mengikuti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di 1,395 institusi TVET di seluruh negara menjelang hujung tahun ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sasaran itu diletakkan kerana tahun lalu rekod menunjukkan kira-kira 587,000 pelajar memasuki institusi TVET. "Angka ini jauh meningkat berbanding permulaan penubuhan Majlis TVET negara yang hanya mencatat sekit

PUTRAJAYA: Kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya 650,000 pelajar mengikuti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di 1,395 institusi TVET di seluruh negara menjelang hujung tahun ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sasaran itu diletakkan kerana tahun lalu rekod menunjukkan kira-kira 587,000 pelajar memasuki institusi TVET. "Angka ini jauh meningkat berbanding permulaan penubuhan Majlis TVET negara yang hanya mencatat sekitar 121,000 pelajar, sekali gus menunjukkan peningkatan lebih lima kali ganda. "Ini memperlihatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan pelajar terhadap TVET semakin bertambah dan ini adalah satu pencapaian yang cukup baik," katanya. Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas 'Walkabout' Karnival Hari TVET Negara 2026 di Dataran Putrajaya, di sini hari ini. Mengulas mengenai Karnival Hari TVET Negara 2026, Ahmad Zahid berkata, sambutan itu akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini yang memperkenalkan konsep TVET kepada pelajar institusi TVET dan bakal pemohon. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET (MTVET) Negara berkata, kerajaan mahu melihat TVET muncul sebagai pilihan utama pelajar selepas tamat persekolahan, sekali gus memperkukuhkan agenda pembangunan modal insan negara berasaskan kemahiran dan teknologi. Orang ramai terutama pelajar, ibu bapa, belia dan pencari kerja dijemput hadir memeriahkan Hari TVET Negara 2026 yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 malam. Untuk maklumat lanjut mengenai Hari TVET Negara 2026 boleh layari laman web rasmi https://haritvetnegara.tvet.gov.my/. © New Straits Times Press (M) Bhd

📌 Kaynak

Bu özet Berita Harian (MY) kaynağından otomatik derlenmiştir. Tamamı için orijinal habere gidin.

Orijinal haberi oku →
← Tüm haberlere dön